- Lain-lain
Membawa Pembinaan Komuniti Berkongsi Masa Depan China-Malaysia ke Tahap Lebih Tinggi
Nota: Artikel ini ditulis oleh Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing kepada People’s Daily
China dan Malaysia adalah jiran dengan hubungan persahabatan selama ribuan tahun, sahabat dengan hati yang saling tertaut, dan rakan dalam kerjasama menang-menang.
Sejak penubuhan hubungan diplomatik pada 1974, kedua-dua negara memiliki hubungan yang akrab, dan saling menyokong, sekali gus menjadi contoh buat negara-negara lain dalam kerjasama saling menguntungkan.
Selepas sekitar 12 tahun mengunjungi Malaysia, Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan kunjungan kenegaraan ke Malaysia, secara tidak langsung menandakan pencapaian besar dalam hubungan kedua-dua negara.
Diplomasi ketua negara telah melakarkan hala tuju hubungan China-Malaysia sejak sekian lama.
Semasa kunjungan Presiden Xi ke Malaysia pada 2013, kedua-dua negara menaiktarafkan hubungan kepada perkongsian strategik komprehensif, iaitu satu kejayaan dalam hubungan dua hala.
Sedekad kemudian, Presiden Xi dan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim telah mencapai konsensus penting dalam pembinaan bersama komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan, seterusnya membawa hubungan dua hala ke fasa baharu yang bersejarah.
Tatkala kedua-dua negara meraikan ulang tahun penubuhan hubungan diplomatik ke-50 pada 2024, Presiden Xi telah dikunjungi oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, serta bertemu dengan Anwar Ibrahim di Beijing. Kedua-dua pihak telah mencapai beberapa siri konsensus dalam usaha memperdalam hubungan dua hala.
Di bawah panduan strategik pemimpin kedua-dua negara, China dan Malaysia telah saling menyokong antara satu sama lain secara kukuh terhadap isu kepentingan teras dan kebimbangan utama. Kedua-dua negara telah memperdalam dan memperkuat komuniti China-Malaysia dengan berkongsi masa depan.
Kerjasama ekonomi dan perdagangan telah menyuntik kepada momentum kuat dalam hubungan dua hala.
Pada 2024, perdagangan dua hala China-Malaysia telah memperbaharui rekod tertinggi sebanyak AS$212.04 bilion, iaitu peningkatan 11.4 peratus berbanding tahun terdahulu. China kekal menjadi rakan dagang terbesar Malaysia buat 16 tahun berturut-turut, lain merupakan sumber pelaburan asing utama. Pada masa sama, Malaysia adalah rakan dagang kedua terbesar dan sumber import terbesar China dalam kalangan negara ASEAN.
Kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara terus berkembang. Misalnya, Rel Laluan Pantai Timur (ECRL) iaitu projek istimewa hasil kerjasama Jalur dan Laluan berkualiti tinggi China-Malaysia yang menghubungkan pantai timur dan barat Malaysia dijangka akan mendorong pembangunan ekonomi terancang di Malaysia; projek ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ yang berterusan menaik taraf kualiti; dan kerjasama pembuat kereta China, Geely dengan pembuat kereta Malaysia, Proton yang membuahkan hasil saling menguntungkan.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, kedua-dua negara telah mengembangkan kerjasama dalam teknologi dan inovasi, menerokai sektor baharu muncul seperti ekonomi digital, pembangunan hijau, kecerdasan buatan dan kenderaan tenaga baharu. Persahabatan tersebut bukan sahaja merapatkan lagi rantai bekalan dan perindustrian masing-masing, malah membuka lembaran berkongsi perjalanan ke arah pemodenan.
Pertukaran antara rakyat telah menyediakan asas kukuh terhadap hubungan dua hala.
Hubungan kebudayaan dan bersejarah antara China dan Malaysia telah berlaku sejak berabad lamanya. Dari pelayaran abad ke-15 terkenal oleh Laksamana Zheng He (Cheng Ho) yang berlabuh di Melaka sebanyak lima kali, kepada perjalanan zaman moden oleh imigran China yang berakar umbi Asia Tenggara, hubungan tersebut telah didorong oleh pertukaran kebudayaan mendalam sejak sekian lama.
Kesemua elemen tersebut telah menyumbang ke arah hubungan dua hala yang segar. Pada 2024, dengan pengenalan dasar pengecualian visa oleh kedua-dua negara, angka ketibaan pelancong China ke Malaysia dilaporkan mencecah 3.8 juta, iaitu dua kali ganda berbanding 2023, dengan lebih daripada 500 penerbangan yang dioperasikan antara kedua-dua negara setiap minggu.
Pada masa sama, China juga telah menjadi destinasi popular bagi pelancong Malaysia, dengan tinjauan pendapat awam menyaksikan 77 peratus responden Malaysia melihat China secara positif.
Durian segar Malaysia, khususnya varieti Musang King yang digemari ramai, telah menjadi populariti baharu di China selepas diluluskan untuk eksport pada tahun lalu. Blokbuster animasi China, Ne Zha 2 telah menjadi sensasi pecah panggung di Malaysia selepas ia memasuki tayangan.
Kedua-dua pihak juga memperdalam pertukaran dan saling belajar antara peradaban Islam dan Cina, yang menambah baik pemahaman dan pembangunan bersama.
Untuk tahun ini, Malaysia menjadi pengerusi bergilir untuk ASEAN. Tatkala mendepani situasi antarabangsa yang mencabar dan kompleks, China berharap dapat bekerjasama dengan Malaysia untuk membuka lembaran baharu perpaduan dan kerjasama, menjaga kepentingan bersama Global Selatan, dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada keamanan, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran serantau.
Bak kata pepatah Cina, "Apabila air pasang dan angin bertiup baik, sudah tiba masanya untuk berlayar".
Lawatan Presiden Xi adalah untuk memperdalam kerjasama strategik antara kedua-dua negara sambil mereka meneruskan pemodenan, membawa masyarakat China-Malaysia dengan masa depan bersama ke tahap yang lebih tinggi, dan mengemudi hubungan dua hala ke arah masa depan yang lebih cerah.
- Masyarakat Malaysia Nantikan Lawatan Rasmi Presiden Xi
- China Sokong Usaha Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN
- Duta Besar Malaysia Zahir Ucapan Selamat Tahun Baru Cina Kepada Warga Kerja, Pengikut People’s Daily
- Hubungan Malaysia-China Melangkaui Perdagangan, Pelaburan - PM Anwar
- Malaysia Negara Rakan BRICS: Semakin Berpengaruh dalam Kerjasama Global
- Kerjasama Malaysia-China Harus Diperluas ke Sektor Baharu - PM Anwar
- Syarikat China Dipelawa Menerokai Pelaburan di Pahang
- Delegasi PKC Lawat Malaysia
- Wang Yi Ucap Simpati atas Bencana di Malaysia
- Persidangan 'Understanding China' 2024 Platform untuk Dalami Dasar Negara China