Geely Kini Hasilkan Satelit Secara Besar-besaran

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 15 April 2025

Di sebuah bengkel yang dalam dan luas dengan lengan robotik dan sawat penyampai yang tersusun, sebuah satelit akan siap terhasil hanya dalam beberapa minggu sahaja.

Geely, sebuah syarikat pembuat kereta terkemuka di China, kini berkemampuan untuk menghasilkan satelit hanya dalam tempoh 28 hari sahaja.

Di sebuah kilang satelitnya yang terletak di Taizhou, Provinsi Zhejiang di timur China, syarikat itu mengamalkan pengetahuan pembuatan pintar yang sama digunakan ke atas pembuatan kereta, iaitu orbit Bumi rendah atau LEO.

Foto memperlihatkan kilang pembuatan satelit Geely di Taizhou, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto ihsan akaun WeChat rasmi jabatan publisiti jawatankuasa perbandaran Parti Komunis China Taizhou)

Foto memperlihatkan kilang pembuatan satelit Geely di Taizhou, Provinsi Zhejiang di timur China. (Foto ihsan akaun WeChat rasmi jabatan publisiti jawatankuasa perbandaran Parti Komunis China Taizhou)

Fasiliti yang dioperasikan oleh anak syarikat Geely iaitu Geespace itu telah menandakan kemajuan dalam industri angkasa komersial, iaitu pengeluaran satelit yang sejak sekian lama menjadi urusan perlahan dan dipesan terlebih dahulu.

Secara tradisinya, untuk menghasilkan satu satelit, ia memerlukan ratusan jurutera dan juruteknik, selain memakan masa sehingga dua tahun bagi melakukan proses seperti reka bentuk, pembuatan, pemasangan dan ujian akhir.

Difahamkan, kilang Geely boleh menghasilkan satu dalam masa kurang daripada sebulan – dengan anggota sesebuah kumpulan hanya sekitar 30 orang.

"Kami boleh menghasilkan sehingga 500 satelit setahun," kata Liu Yong, timbalan pengurus besar Geespace.

Menurut beliau, daripada reka bentuk serta pembangunan dan penyelidikan (R&D) kepada pengeluaran, ujian dan operasi satelit, setiap langkah kini lebih pantas, lebih pintar, lebih bersepadu.

Di dalam kilang tersebut, penghasilan dilakukan dengan penuh sistematik. Secara keseluruhannya, lebih daripada 60 gerakan yang telah diprogramkan akan menghasilkan sebuah satelit. Pada peringkat akhir, lengan robotik akan mengikuti pengaturcaraan yang tepat untuk memasang lebih 1,600 skru ke dalam satelit seberat 100 kilogram, dengan margin ketepatan kurang daripada 0.01 milimeter.

Lengan robotik sedang bekerja di sebuah bengkel di kilang pembuatan satelit Geely. (Foto ihsan akaun WeChat rasmi jabatan publisiti jawatankuasa perbandaran Parti Komunis China Taizhou)

Lengan robotik sedang bekerja di sebuah bengkel di kilang pembuatan satelit Geely. (Foto ihsan akaun WeChat rasmi jabatan publisiti jawatankuasa perbandaran Parti Komunis China Taizhou)

“Kecerdasan buatan (AI) telah memberi dorongan yang banyak terhadap pengoperasian,” jelas Liu.

Sistem pemeriksaan kualiti pintar kilang tersebut yang dikuasakan oleh algoritma AI dan mesin belajar akan mengawasi setiap peringkat ketika penghasilan dalam masa nyata. Ia akan memberitahu kecacatan mikroskopik dan data satelit dan merujuk silang data satelit dalam orbit dengan output kilang untuk memastikan setiap unit memenuhi permintaan penggunaan besar-besaran.

Setelah dipasang, setiap satelit menjalani pelbagai ujian yang direka untuk meniru realiti di angkasa yang lebih sukar.

Di kawasan simulasi suria, jurutera meniru semula penukaran cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Terdapat juga satelit yang diletakkan di dalam kebuk vakum haba dan bergantung kepada suhu yang melampau iaitu antara negatif 180 darjah Celsius hingga 100 darjah Celsius.

Ia kemudiannya diikuti dengan ujian keserasian elektromagnet, bagi memastikan setiap satelit boleh berkomunikasi dengan terjamin dan menahan gangguan setibanya di orbit.

Kesemua satelit itu dikhususkan untuk misi LEO, menyokong terhadap pelbagai penggunaan seperti komunikasi kecemasan, ketersambungan maritim, dan perkhidmatan data penerbangan.

Untuk rekod, pembangunan LEO China masih berada dalam fasa awal dan turut menerima pelbagai cabaran. Usaha untuk melebarkan sayap penghasilan juga adalah bagi menjamin pengoperasian orbital yang diperlukan dan sumber frekuensi di angkasa.

“Dengan permintaan yang kian meningkat untuk pertumbuhan pengaplikasian satelit, memperbesarkan penghasilan dan mencapai kejayaan baharu dalam teknologi utama adalah penting dalam memperkuatkan daya saing China di dalam industri angkasa global,” ujar Liu.

Video

Berita Berkaitan