- Lain-lain
Malaysia Tidak Pernah Terima Tekanan dari China - PM Anwar
Sebagai sebuah kuasa besar dunia sama ada dari segi ekonomi dan ketenteraan, China tidak pernah memberi sebarang tekanan kepada Malaysia.
Demikian tegas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) dan Astro Awani di Putrajaya pada Isnin.
Sebaliknya, beliau menegaskan pentadbiran Beijing menganggap semua negara termasuk Malaysia adalah setara dengan China.
"Kita bukan sahaja tidak harus ditekan mana-mana pihak dan setakat ini, Malaysia tidak menerima mana-mana tekanan dan saya harus tegaskan China adalah negara besar dari segi ekonomi dan ketenteraan, namun kita tidak pernah merasakan satu permasalahan mahupun tekanan, dan hubungan kita dianggap sebagai satu negara yang setara dengan mereka," jelasnya.
"Perbincangan dan penghormatan diberikan, bagi saya ia sangat bermakna dan kita berbincang dalam semua perkara. Tentunya dalam hubungan dua negara sahabat, ada perkara yang kita persetujui dan ada perkara yang kita aga kurang senang tetapi kita bincang secara sahabat," kata beliau.
Menurut Datuk Seri Anwar, hubungan Malaysia dan China lebih menjurus kepada kepentingan rakyat, ekonomi selain pembangunan dan keutuhan negara secara menyeluruh.
Tegasnya, Malaysia mengamalkan dasar terbuka dalam pelbagai aspek dan perkara itu juga merupakan persetujuan bersama atau konsensus dalam kalangan negara anggota ASEAN.
- Masyarakat Malaysia Nantikan Lawatan Rasmi Presiden Xi
- China Sokong Usaha Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN
- Duta Besar Malaysia Zahir Ucapan Selamat Tahun Baru Cina Kepada Warga Kerja, Pengikut People’s Daily
- Hubungan Malaysia-China Melangkaui Perdagangan, Pelaburan - PM Anwar
- Malaysia Negara Rakan BRICS: Semakin Berpengaruh dalam Kerjasama Global
- Kerjasama Malaysia-China Harus Diperluas ke Sektor Baharu - PM Anwar
- Syarikat China Dipelawa Menerokai Pelaburan di Pahang
- Delegasi PKC Lawat Malaysia
- Wang Yi Ucap Simpati atas Bencana di Malaysia
- Persidangan 'Understanding China' 2024 Platform untuk Dalami Dasar Negara China