China, Vietnam Pergiat Pembayaran Rentas Sempadan Guna QR

(CRI)Rabu 16 April 2025

China dan Vietnam bersetuju untuk menggalakkan kesalinghubungan sistem pembayaran rentas sempadan menerusi kod respons pantas (QR).

Perjanjian kerjasama berkenaan ditandatangani antara UnionPay International dengan Perbadanan Pembayaran Nasional Vietnam (NAPAS), Bank Industri dan Komersial China (ICBC) serta Bank Perdagangan Luar Vietnam (Vietcombank) di Hanoi pada Isnin.

Kerjasama berkenaan digerakkan di bawah bimbingan Bank Rakyat China dan Bank Nasional Vietnam.

Ia merupakan hasil baharu dalam usaha mewujudkan kesalinghubungan sistem pembayaran rentas negara, dan juga langkah baharu untuk memperdalam hubungan ekonomi dan perdagangan serta pertukaran sesama rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan