Kisah Xi Jinping dengan Teh Fujian

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 18 April 2025

Nota Editor:

Fujian, kawasan penanaman teh yang penting di China, mempunyai budaya teh yang bersejarah lama. Seawal ketika beliau bertugas di Fujian lagi, Xi Jinping sudah pun menganggap industri teh sebagai salah satu daripada tujuh industri berkelebihan besar yang perlu dipupuk dengan teliti. Penyelidikan beliau meliputi kesemua kawasan penanaman teh utama di sana. Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China, Xi kerap mengunjungi pekan-pekan pengeluar teh dalam agenda tinjauan beliau, untuk memberikan panduan hala tuju perkembangan industri teh secara sihat.

Sewaktu membuat tinjauan di Fujian, Xi menegaskan tentang keperluan untuk “menyelaraskan budaya teh, industri teh dan teknologi teh”.

“Pada masa lalu, industri teh menjadi tonggak bagi usaha pembasmian kemiskinan di sini, dan pada masa depan, ia akan menjadi tonggak bagi kebangkitan desa.”

Video

Berita Berkaitan