Laluan Kereta Api Kargo Biasa Baharu Hubungkan Chongqing, Asia Tengah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 21 April 2025
Laluan Kereta Api Kargo Biasa Baharu Hubungkan Chongqing, Asia Tengah
Foto sudut udara ini diambil pada 20 April 2025, memaparkan kereta api kargo China-Asia Tengah yang sedang menunggu untuk berlepas dari Stesen Tuanjiecun di Chongqing, barat daya China. (Xinhua/Tang Yi)

Sebuah kereta api kargo yang membawa muatan cip poliester yang diperbuat di Perbandaran Chongqing, barat daya China, telah berlepas pada awal pagi Ahad, menuju ke Uzbekistan, sekali gus menandakan permulaan laluan kereta api kargo biasa yang baharu dari Chongqing ke negara-negara Asia Tengah.

Agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan Syarikat China Railway Chengdu Group berkata bahawa dua kereta api akan bergerak dari Chongqing ke Asia Tengah pada setiap bulan.

Jurutera Syarikat China Railway Chengdu Group, Xu Meiqiong dalam wawancaranya bersama Xinhua berkata perkhidmatan tersebut akan memastikan pemeriksaan kastam yang lebih cepat, pengangkutan yang tepat pada masanya, dan pengurangan kos, serta menjamin pengangkutan rentas sempadan dengan kualiti yang lebih baik.

Difahamkan, laluan kereta api kargo biasa tersebut mampu mengurangkan tempoh pengangkutan antara Chongqing dan Asia Tengah sehingga 30 peratus.

Lapor Xinhua, kargo-kargo dalam kereta api tersebut adalah daripada Syarikat Chongqing Wankai New Materials Technology. Lin Zheng, pengurus syarikat itu yang bertanggungjawab dalam logistik berkata bahawa pelancaran laluan baharu itu memberi peluang kepada pihaknya untuk mengembangkan pasaran di Asia Tengah.

Untuk rekod, pada tahun-tahun kebelakangan ini, Chongqing telah gigih berusaha untuk ke arah menjadi hab dalam negeri komprehensif, dengan jumlah kereta api kargo China-Eropah dan kereta api kargo menuju ke negara-negara Asia Tengah yang berlepas dari bandar itu serta volum kargo telah menyaksikan pertumbuhan.

Setakat Februari, lebih daripada 18,000 kereta api meliputi lebih daripada 50 laluan yang menghubungkan bandar itu dengan negara Asia Tengah dan Eropah telah beroperasi, mencapai lebih 100 wilayah dan bandar hab di serata Asia dan Eropah.

Foto sudut udara ini diambil pada 20 April 2025, memaparkan kereta api kargo China-Asia Tengah yang sedang menunggu untuk berlepas dari Stesen Tuanjiecun di Chongqing, barat daya China. (Xinhua/Tang Yi)
Foto sudut udara ini diambil pada 20 April 2025, memaparkan kereta api kargo China-Asia Tengah yang sedang menunggu untuk berlepas dari Stesen Tuanjiecun di Chongqing, barat daya China. (Xinhua/Tang Yi)
Foto bertarikh 20 April 2025 ini memaparkan kereta api kargo China-Asia Tengah sedang menunggu untuk berlepas dari Stesen Tuanjiecun di Chongqing, China. (Xinhua/Tang Yi)
Foto yang diambil menggunakan dron pada 20 April 2025, memaparkan kereta api kargo China-Asia Tengah yang sedang menunggu untuk berlepas dari Stesen Tuanjiecun di Chongqing, barat daya China. (Xinhua/Tang Yi)
Foto sudut udara ini diambil pada 20 April 2025, memaparkan kereta api kargo China-Asia Tengah yang sedang menunggu untuk berlepas dari Stesen Tuanjiecun di Chongqing, barat daya China. (Xinhua/Tang Yi)
Foto sudut udara ini diambil pada 20 April 2025, memaparkan kereta api kargo China-Asia Tengah yang sedang menunggu untuk berlepas dari Stesen Tuanjiecun di Chongqing, barat daya China. (Xinhua/Tang Yi)
Kereta api kargo China-Asia Tengah yang sedang menunggu untuk berlepas dari Stesen Tuanjiecun di Chongqing, barat daya China pada 20 April 2025. (Xinhua/Tang Yi)
Kereta api kargo China-Asia Tengah berlepas dari Stesen Tuanjiecun di Chongqing, barat daya China. (Xinhua/Tang Yi)
Foto sudut udara ini diambil pada 20 April 2025, memaparkan kereta api kargo China-Asia Tengah yang sedang menunggu untuk berlepas dari Stesen Tuanjiecun di Chongqing, barat daya China. (Xinhua/Tang Yi)

Video

Berita Berkaitan