- Lain-lain
Perlu Sangat Berhati-hati terhadap Rundingan dengan AS - Menteri Luar Iran
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi menerusi hantarannya dalam media sosial pada malam 19 April lalu mengeluarkan pandangan bahawa pihaknya optimis, tetapi "perlu sangat berhati-hati" terhadap rundingan dengan Amerika Syarikat (AS).
Abbas Araqchi berkata, rundingan tidak langsung pusingan kedua antara Iran dengan AS baru saja diadakan dalam "suasana yang agak positif" di Rom, ibu kota negara Itali. Ini dianggap telah membuka kemungkinan bagi pencapaian kemajuan tentang prinsip dan matlamat untuk perjanjian antara kedua-dua negara.
Ramai orang di Iran berpendapat bahawa Rancangan "Tindakan Komprehensif Bersama" yang juga dikenali sebagai "Perjanjian Nuklear Iran" tidak lagi membawa manfaat yang memadai bagi negara itu. Abbas Araqchi juga pernah menyatakan beliau "cenderung untuk bersetuju dengan pendapatan itu."
Mengenai rundingan peringkat pakar yang bakal berlangsung antara kedua-dua pihak, Abbas Araqchi berkata, "berdasarkan keadaan semasa, mungkin ada alasan untuk bersikap optimis, tetapi masih perlu sangat berhati-hati."
Menurut laporan Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA) semalam, Jurucakap kerajaan Iran, Fatimah Mohajerani pula menyatakan bahawa Iran mengalu-alukan sebarang inisiatif praktikal yang dapat mengakhiri sekatan terhadap negaranya dan memastikan hak serta kepentingan rakyat terjamin.