Majlis Ulang Tahun Ke-75 Hubungan Diplomatik China-Indonesia Diadakan di Bejing

(CRI)Selasa 22 April 2025

Majlis jamuan bagi memperingati ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dengan Indonesia dan ulang tahun ke-70 Sidang Bandung telah diadakan di Beijing pada Isnin.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Menteri Luar China, Wang Yi, Menteri Pertahanan China, Dong Jun, Menteri Luar Indonesia, Sugiono dan Menteri Pertahanan Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin.

Wang Yi berkata, China dan Indonesia mencapai hasil yang signifikan sejak menjalinkan hubungan diplomatik.

Beliau berkata China bersedia menyemarakkan Lima Prinsip Hidup Damai dan Semangat Bandung, meneladani negara besar dan negara jiran dengan saling percaya dan saling membantu.

Malah China juga komited untuk menjadi perintis yang mewujudkan modenisasi antara negara membangun, mendorong keterbukaan, inklusiviti, kerjasama dan menang-menang, sekaligus lantang dalam perjuangan bersama Selatan Global.

Video

Berita Berkaitan