Naib Presiden China Terima Kunjungan Menteri Luar Indonesia

(CRI)Selasa 22 April 2025

Naib Presiden China, Han Zheng menerima kunjungan Menteri Luar Indonesia, Sugiono di Beijing semalam.

Pada pertemuan tersebut Han berkata, tahun lalu, Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Prabowo Subianto telah mencapai kata sepakat penting mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Indonesia yang berkongsi masa depan bersama dengan pengaruh serantau dan global.

Malah pemimpin kedua-dua negara turut menetapkan hala tuju bagi pembangunan serantau kedua-dua negara.

Beliau berkata, China bersedia untuk bekerjasama dengan Indonesia bagi memperkukuhkan penyelarasan strategik, meningkatkan kerjasama pelbagai hala, mendorong komuniti berkongsi nasib China-Indonesia terus ke tahap lebih tinggi sehingga memberi sumbangan yang lebih besar kepada proses modenisasi kedua-dua negara, pembangunan rantau dan kemakmuran dunia.

Sementara itu, Sugiono memaklumkan bahawa Indonesia komited memperdalam kerjasama saling menguntungkan, melindungi amalan multilateralisme, bersama-sama menangani cabaran dan krisis, serta mengukuhkan lagi perkongsian strategik secara menyeluruh seiring dengan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik Indonesia-China.

Video

Berita Berkaitan