Xi Berbincang Bersama Putin

(CRI)Khamis 08 Mei 2025

China bersedia bekerjasama dengan Rusia untuk memelihara kewibawaan dan status Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di samping mempertahankan hak dan kepentingan kedua-dua negara serta negara membangun lain ketika berdepan unilateralisme dan amalan buli.

Presiden Xi Jinping membuat kenyataan itu semasa mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin di Istana Kremlin di Moscow pada Khamis.

Xi berkata China akan bersama Rusia memikul tanggungjawab khas sebagai kuasa besar dunia dan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB serta menegakkan perspektif yang betul terhadap sejarah Perang Dunia II.

Dua negara hendaklah bergabung tenaga untuk menggalakkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua.

Video

Berita Berkaitan