Wang Yi Bentangkan Lima Perkara tentang Isu Nukear Iran

(CRI)Isnin 17 Mac 2025

Ketika bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Rusia Ryabkov Sergey Alexeevich dan Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi yang menghadiri rundingan China-Rusia-Iran mengenai isu nuklear Iran di Beijing pada Jumaat, Menteri Luar China Wang Yi telah membentangkan lima perkara mengenai penyelesaian isu itu dalam situasi baharu.

Wang yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menyatakan bahawa China konsisten dalam mencadangkan penyelesaian persengketaan berkenaan melalui saluran politik dan diplomatik, dan menentang tindakan kekerasan dan sekatan haram.

Iran seharusnya mematuhi janjinya yang tidak membangunkan senjata nuklear, manakala pelbagai pihak perlu menghormati hak Iran sebagai negara anggota Kawalan Senjatan Nuklear (NPT) untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan damai.

Konsensus baharu dikehendaki dicapai dalam rangka kerja Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) tidak perlu dipaksa melakukan intervensi. Di bawah situasi sekarang ini, campur tangan tergesa-gesa oleh UNSC tidak akan membantu membina keyakinan atau mengurangkan perselisihan di kalangan pihak yang berkaitan.

Prinsip berperingkat dan sama rata tidak boleh diabaikan untuk mencapai konsensus melalui rundingan.

Video

Berita Berkaitan