- Lain-lain
Xi Mulakan Lawatan ke Rusia
Presiden China Xi Jinping telah tiba di sini dengan menaiki pesawat khas pada malam Rabu untuk mengadakan lawatan rasmi ke Rusia dan menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Patriotik Agung Kesatuan Soviet.
Kedatangan Xi turut disambut mesra oleh pegawai kanan kerajaan Rusia antaranya Timbalan Perdana Menteri Tatyana Golikova.
Melalui ucapan bertulis yang atas nama kerajaan dan rakyat China, Xi menyampaikan salam ikhlas dan doa-doa kepada kerajaan dan rakyat Rusia.
Xi menyatakan bahawa China dan Rusia adalah jiran baik yang tidak dapat dipisahkan, sahabat sejati yang tolong-menolong, serta rakan kongsi yang maju bersama-sama. Kedua-dua pihak telah berjaya meneroka satu jalan yang tepat untuk menyemarakkan semangat kejiranan antara dua negara kuasa besar, dan semangat koordinasi strategik pada era baharu.
"Hubungan China-Rusia yang berdikari, mantap dan padu bukan sahaja boleh membawa manfaat besar kepada peningkatan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, malah turut memberikan sumbangan penting kepada usaha memelihara kestabilan strategik dalam senario global serta mendorong multipolar dunia yang sama rata dan teratur.
"Tahun ini ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Patriotik Agung Kesatuan Soviet dan ulang tahun ke-80 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). China dan Rusia selaku dua negara kuasa besar di dunia dan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB akan bersama-sama melindungi hasil kemenangan Perang Dunia II, memperkasakan amalan multilateralisme yang sebenar, mendorong usaha untuk membentuk sistem tadbir urus global yang lebih adil dan rasional," ujar Xi.
“Saya akan bersama dengan Presiden Putin mengadakan komunikasi yang mendalam mengenai hubungan dua hala, kerjasama yang substantif dan isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan sama, untuk mencetuskan momentum yang kuat bagi perkembangan Perkongsian Strategik Komprehensif untuk Koordinasi Era Baharu China-Rusia.
“Saya juga menantikan saat bersama-sama dengan pemimpin negara lain dan rakyat Rusia memperingati para pahlawan yang mengorbankan nyawa mereka dalam memperjuangkan kemenangan Perang Anti-Fasis, dan bersama-sama mengeluarkan suara lantang untuk memelihara kesamarataan dan keadilan antarabangsa, “ tambah beliau.
- Xi Mulakan Lawatan Rasmi di Rusia
- Xi Bakal Lawat Rusia
- Lawatan Xi Diyakini Terus Perkaya Konotasi Penyelarasan Strategik China, Rusia: MFA
- Putin Ditemui Wang Yi
- Wang Yi Lawat Rusia Minggu Depan
- Wang Yi Bentangkan Lima Perkara tentang Isu Nukear Iran
- China, Rusia dan Iran Tegaskan Dialog Satu-satunya Pilihan Berkesan bagi Isu Nuklear
- Pertemuan China-Rusia-Iran di Beijing, Kemajuan Terkini Isu Nuklear Iran
- China, Rusia dan Iran Adakan Pertemuan di Beijing Bagi Isu Nuklear Iran
- Presiden Xi Ditemui Setiausasha Majlis Keselamtan Rusia Shoigu