- Lain-lain
China, Rusia dan Iran Tegaskan Dialog Satu-satunya Pilihan Berkesan bagi Isu Nuklear
China, Rusia dan Iran mengadakan rundingan dengan jayanya di Beijing pada Jumaat, yang dipengerusikan Naib Menteri Luar Eksekutif China, Ma Zhaoxu, dan turut dihadiri Timbalan Menteri Luar Rusia, Ryabkov Sergey Alexeevich serta Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi.
Ketiga-tiga negara ini telah bertukar-tukar pendapat secara mendalam terutamanya mengenai isu nuklear dan pembatalan sekatan berkenaan, dan menekankan keperluan untuk menjadikan semua sekatan unilateral yang tidak sah berhenti.
Tiga pihak ini dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu berakhir menegaskan bahawa kontak dan dialog dalam bidang politik dan diplomatik berdasarkan prinsip saling menghormati adalah satu-satunya pilihan yang berkesan dan boleh dilaksanakan.
Tiga pihak tersebut juga menekankan bahawa pihak-pihak yang berkaitan harus berusaha menghapuskan punca yang menyebabkan wujudnya situasi sekarang ini mengenai isu nuklear Iran, menolak sekatan dan tekanan, serta ancaman mahu menggunaan kekerasan.
Sementara itu, peri pentingnya Resolusi 2231 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rangka masa yang ditetapkan juga disentuh dalam rundingan tersebut, beserta seruan kepada pihak-pihak terlibat untuk mengelakkan tindakan yang boleh menjadikan keadaan lebih tegang daripada berlaku, dan bersama-sama mewujudkan suasana dan syarat yang kondusif bagi usaha diplomatik.
China dan Rusia menyambut baik keputusan Iran yang mengesah lagi program nuklearnya untuk tujuan damai serta tidak berniat untuk membangunkan senjata nuklear, manakala menyokong dasar Iran untuk terus bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), dan menekankan pentingnya menghormati hak Iran sebagai negara anggota NPT untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan damai.
- Pertemuan China-Rusia-Iran di Beijing, Kemajuan Terkini Isu Nuklear Iran
- China, Rusia dan Iran Adakan Pertemuan di Beijing Bagi Isu Nuklear Iran
- Presiden Xi Ditemui Setiausasha Majlis Keselamtan Rusia Shoigu
- Xi, Putin Bual Menerusi Telefon
- China, Rusia Komited Dorong Pembinaan Multi-Polarisasi yang Sama Rata dan Teratur
- Xi, Putin Bertemu Melalui Persidangan Video, Komited Angkat Kesaksamaan dan Keadilan Antarabangsa
- Xi, Putin Bertukar Ucapan Selamat Tahun Baharu 2025
- Menteri Luar China, Iran Adakan Rundingan di Beijing
- Menteri Luar Iran Buat Lawatan ke China
- China, Rusia Perbanyak Komunikasi dan Penyelarasan dalam Kerangka Pelbagai Hala