China Rangsang Pengambilan Kerja, Kebajikan Masyarakat Buat Golongan OKU

Sepanjang tempoh 2024, lebih daripada 9.14 juta orang kurang upaya (OKU) telah diambil untuk bekerja di seluruh China, iaitu kenaikan sebanyak 512,000 berbanding tahun terdahulu, lapor agensi berita Xinhua pada Khamis.

Xinhua yang memetik laporan keluaran Persekutuan Orang Kurang Upaya China menyebut bahawa kadar kontrak doktor keluarga dan kontrak insurans perubatan asas dalam kalangan OKU di China secara puratanya adalah lebih tinggi.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa lebih daripada 8.66 juta OKU menerima perkhidmatan rawatan rehabilitasi asas pada tahun lalu, dan hampir setengah juta kanak-kanak golongan itu telah mendapat manfaat daripada bantuan rawatan rehabilitasi itu.

Menjelang akhir tahun 2024, China dilaporkan mempunyai sejumlah 13,297 institusi rehabilitasi, dengan jumlah staf yang aktif seramai 373,000 orang.

Dari sudut jaminan sosial, lebih daripada 27.48 juta OKU telah dilindungi oleh program insurans warga emas asas pada 2024, dan lebih daripada 12.46 juta orang menerima pencen.

Setakat penghujung tahun lalu, sejumlah 4,614 fasiliti perkhidmatan buat warga OKU telah dibina, termasuk 2,250 fasiliti perkhidmatan komprehensif dan 1,246 fasiliti rehabilitasi.

Video

Berita Berkaitan