Dinamika China | Inovasi adalah Daya Penggerak Utama Pembangunan

People’s Daily Online secara rasminya melancarkan program lawatan kaji selidik edisi tahun 2025 di Shenyang, Liaoning dan Hefei, Anhui pada 14 Mei.

Pada tahun terakhir pelaksanaan “Pelan Pembangunan Lima Tahun ke-14” ini, People’s Daily Online telah mengambil inisiatif untuk menghantar 31 pasukan ke lokasi-lokasi berbeza untuk mengkaji konsep pembangunan berteraskan “inovasi, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi”.

Rombongan People’s Daily Online melawat Liaoning dan mewawancara syarikat Shengu Group. Foto oleh Zhou Songxue, wartawan People’s Daily Online

Rombongan People’s Daily Online melawat Liaoning dan mewawancara syarikat Shengu Group. (People’s Daily Online/Zhou Songxue)

Sebagai tempat bermulanya sektor perindustrian China, bagaimanakah kawasan timur laut negara dapat mengekalkan kelebihan-kelebihan industri tradisional? Jawapannya boleh didapati di daerah Tiexi, bandar Shenyang, provinsi Liaoning. Di sini, industri-industri tradisional sedang mengalami transformasi ke arah pembangunan bertaraf tinggi, pintar dan hijau.

Di Cawangan 102 Northeast Pharmaceutical, deretan ampul tersusun rapi dan bergerak dengan teratur di barisan pengeluaran pintar terautomasi penuh, meningkatkan kapasiti dan kecekapan pengeluaran kilang tersebut pada kadar lebih 30%.

Air permukaan dan pekarangan dalam kilang Lida telah menjadi habitat bangau kendi. Foto ihsan pihak tempatan

Air permukaan dan pekarangan dalam kilang Lida telah menjadi habitat bangau kendi. Foto ihsan pihak tempatan

Di kilang Lida pula, bangau kendi telah menjadikan pekarangan tempat itu sebagai habitat. Difahamkan, haiwan yang diberikan perlindungan kelas kedua negara ini sangat cerewet memilih persekitaran tempat tinggal. Pengarah kilang, Zhang Tao menjelaskan bahawa fasiliti berkenaan menggunakan 100% tenaga elektrik hijau dan mengitar semula 100% air kegunaan industri.

Inovasi adalah daya penggerak utama pembangunan. Apakah caranya untuk memanfaatkan kelebihan sains dan pendidikan untuk mendorong pembangunan berkualiti tinggi sosioekonomi? Bandar Hefei di provinsi Anhui telah memberikan jawapannya.

Rombongan People’s Daily Online melawat Anhui dan mewawancara syarikat China Telecom Quantum Group. Foto oleh Miao Zijian, wartawan People’s Daily Online

Rombongan People’s Daily Online melawat Anhui dan mewawancara syarikat China Telecom Quantum Group.(People’s Daily Online/Miao Zijian)

Tianyan-504 merupakan komputer kuantum superkonduksi dengan kiraan bit tunggal tertinggi di China. Menurut seorang pegawai syarikat pembangunnya China Telecom Quantum Group, cip “Xiaohong” yang dipasang pada komputer tersebut mempunyai 504 bit, memecahkan rekod bilangan bit kuantum superkonduksi di China.

Komputer kuantum superkonduksi China Telecom Quantum Group – Tianyan-504. Foto oleh Miao Zijian, wartawan People’s Daily Online

Komputer kuantum superkonduksi China Telecom Quantum Group – Tianyan-504. (People’s Daily Online/Miao Zijian)

Komputer kuantum itu telah disambung dengan platform awan "Tianyan" yang super konvergen dan dilengkapi dengan kemampuan kuantum yang lebih tinggi, membekalkan perkhidmatan kepada pengguna di lebih 50 negara dan merekodkan jumlah penggunaan melebihi 27 juta.

Video

Berita Berkaitan