- Lain-lain
China Tekankan Kerjasama Kewangan Global di Persidangan PBB
Menteri Kewangan China Lan Fo'an, selaku Utusan Khas Presiden Xi Jinping, menghadiri Persidangan Antarabangsa Keempat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Pembiayaan Pembangunan di Seville, Sepanyol pada Selasa.
Beliau turut menyampaikan ucapan pada sesi perbahasan umum sidang pleno.
Lan berkata, manusia merupakan sebuah komuniti yang berkongsi masa depan yang sama.
Beliau turut memetik kenyataan Presiden Xi yang berkata dalam krisis global yang bergelora, setiap negara bukanlah menaiki lebih 190 bot kecil yang berbeza sebaliknya berada di dalam sebuah kapal besar yang berkongsi nasib yang sama.
"Berhadapan dengan jurang pembiayaan pembangunan yang besar, masyarakat antarabangsa harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah pembangunan bersama," ujar beliau.
Lan menekankan bahawa China secara proaktif menyediakan sokongan kewangan dan membuka pasaran kepada negara-negara membangun mengikut kemampuannya, serta membantu negara-negara terbabit meningkatkan keupayaan pembangunan kendiri.
"China sentiasa bersedia untuk menjadi penyumbang kepada pembangunan global dan mempromosikan kemakmuran dan kemajuan bersama antara semua negara," ujar beliau.
- Konvensyen Pertubuhan Antarabangsa untuk Pengantaraan Berkuatkuasa di Hong Kong
- Peranan PBB Perlu Diperkasakan, Tidak Boleh Dibiarkan Lemah
- China Beri Sokongan Penuh Kepada PBB
- Setiausaha Agung PBB Seru Dunia Bekerjasama Wujudkan Permulaan Baharu
- Wang Yi Terima Kunjungan Presiden Perhimpunan Agung PBB
- Presiden Perhimpunan Agung PBB Philémon Yang Melawat China
- China Sokong Usaha Martabatkan Peranan PBB
- Wang Yi Hadir Sidang Kemuncak Masa Depan PBB
- Sidang Kemuncak Masa Depan PBB Buka Tirai
- Wang Yi akan Hadir Sidang Kemuncak Masa Depan PBB