- Lain-lain
Pusat Inovasi AI China-ASEAN Tandatangani 67 Projek Kerjasama
![]() |
Menjelang akhir Ogos, Pusat Inovasi dan Kerjasama Kecerdasan Buatan (AI) China-ASEAN telah menandatangani 67 projek, termasuk 51 dengan rakan kongsi domestik dan 16 dengan negara-negara ASEAN, menurut pihak berkuasa tempatan di Nanning.
Dalam kepesatan gelombang inovasi teknologi, khususnya dalam bidang AI, Guangxi terus memperkukuh usaha untuk menjadikan pusat itu sebagai platform utama kerjasama serantau.
Untuk rekod, kawasan seluas 7.78 kilometer persegi di pusat bandar Nanning telah diperuntukkan untuk pembangunan tersebut, manakala beberapa cawangan pusat turut diwujudkan di negara-negara ASEAN serta bandar utama lain di China.
Inisiatif tersebut dijangka memperkuat peranan Nanning sebagai penghubung strategik antara dua ekonomi terbesar di Asia.
Dengan memanfaatkan platform seperti Pelabuhan Maklumat China-ASEAN dan Gerbang Perkhidmatan Komunikasi Antarabangsa Nanning, Guangxi sedang membangunkan infrastruktur utama termasuk ruang data dipercayai, pusat data antarabangsa dan hab kerjasama global. Projek penting seperti dewan pameran dan zon inkubasi kini sedang dilaksanakan, menyediakan ruang untuk demonstrasi aplikasi serta peluang kerjasama antarabangsa.
Sebagai bandar utama dalam keterbukaan China ke arah ASEAN, Nanning berhasrat muncul sebagai pusat baharu industri AI yang berorientasikan kerjasama serantau. Pusat Inovasi dan Kerjasama AI China-ASEAN dijangka berperanan sebagai portal perkhidmatan awam, platform pertukaran dan paparan, hab operasi serta saluran pemerkasaan modal bagi memperkukuh inovasi dan pembangunan industri.
Menurut Biro Data Perbandaran Nanning, pusat itu setakat ini telah mengumpul lebih 450 kes senario aplikasi AI meliputi bidang kesihatan pintar, pengangkutan dan tadbir urus sosial. Lebih 100 “senarai peluang” AI telah diterbitkan, termasuk lebih 60 yang berkaitan dengan senario aplikasi di ASEAN. Beberapa kes terpilih akan dipamerkan pada Ekspo China-ASEAN ke-22 yang dijadual berlangsung pertengahan September ini.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Pelancongan Cipta Peluang Pekerjaan Buat Penduduk Guangxi
- Buah-buahan ASEAN Gerakkan Guangxi Terus Inovasi Kastam, Logistik
- Guangxi Bina Hab Inovasi, Kerjasama AI Berorientasikan ASEAN
- China, ASEAN Bersama Ikhtiarkan Pemiawaian AI
- Forum Keselamatan Pelancongan China-ASEAN di Yangon
- AI Lonjak Inovasi Industri Tradisional di Nanning, Guangxi
- AI Suluh Haluan E-dagang China-ASEAN
- Terminal Kontena Automatik di Guangxi Mantapkan Dagangan China-ASEAN
- Guangxi Pertingkat Infrastruktur, Mahu Pacu Usaha Bina Gerbang Data ASEAN
- “AI for All: China-ASEAN” Serlah Bakat Muda