Wakil China Seru Gencatan Senjata Berterusan di Gaza

(CRI)Jumaat 22 Mei 2026

China menyeru semua pihak berkaitan untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata di Gaza dan melaksanakan gencatan senjata sebenar yang berterusan di Gaza.

Demikian menurut Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong ketika berucap pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Israel-Palestin pada Khamis.

Fu Cong berkata, sejak perjanjian gencatan senjata dicapai pada Oktober tahun lalu, Israel melancarkan serangan dan pengeboman hampir setiap hari, sehingga mengorbankan lebih 870 orang.

Negara terlibat serta pihak berkepentingan dan berpengaruh seharusnya mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi memelihara perlaksanaan gencatan senjata.

Fu Cong menegaskan bahawa situasi kemanusiaan di Gaza masih kritikal, dengan kekurangan barangan asas seperti air minuman, bekalan perubatan dan bahan bakar secara berterusan.

Ujarnya, kesihatan awam di Gaza perlu diberi perhatian dan Israel mesti menunaikan kewajipan undang-undang kemanusiaan.

Israel juga perlu menghapuskan sekatan bantuan kemanusiaan dengan membenarkan kemasukan ubat-ubatan, bahan bakar serta kemudahan perlindungan yang diperlukan rakyat Gaza.

Video

Berita Berkaitan