Wang Yi Bertemu Setiausaha Agung PBB

(CRI)Khamis 28 Mei 2026

Menteri Luar China Wang Yi bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa, sempena mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB mengenai usaha menegakkan tujuan dan prinsip Piagam PBB serta memperkukuh sistem antarabangsa berteraskan badan dunia itu.

Dalam pertemuan itu, Wang menyatakan bahawa sebagai penyokong teguh perjuangan PBB, China bersedia terus menjunjung panji multilateralisme dan mengambil tindakan konkrit untuk memperkasa semula PBB.

China komited mempertingkat kerjasama dengan PBB dalam usaha memajukan kerjasama Selatan-Selatan serta menggerakkan reformasi sistem ekonomi dan kewangan antarabangsa, selain bidang perubahan iklim, kecerdasan buatan (AI) dan isu-isu hangat serantau.

Wang turut mengundang Guterres untuk melawat China pada tahun ini.

Sementara itu, Guterres berkata China merupakan antara rakan kongsi yang paling boleh dipercayai untuk pembangunan mampan serta peserta penting dalam misi pengaman PBB.

Beliau memuji siri inisiatif global yang diketengahkan China dalam aspek keselamatan, keamanan, pembangunan dan lain-lain.

Guterres turut menyatakan kesediaan pihaknya untuk memantapkan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, di samping bersinergi mendorong perkembangan seimbang tiga tonggak perjuangan PBB iaitu keamanan dan keselamatan, pembangunan serta hak asasi manusia.

Video

Berita Berkaitan