- Lain-lain
China Seru Rapatkan Jurang AI di Pentas PBB

China menyeru agar usaha terus dipergiat untuk merapatkan jurang kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan manfaat teknologi berkenaan dapat dinikmati semua negara.
Seruan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan organisasi antarabangsa lain di Switzerland, Jia Guide ketika menyampaikan ucapan pada sesi pertama Dialog Global PBB mengenai tadbir urus AI di Geneva, pada Isnin.
Jia berkata teknologi AI mencorak semula pola pembangunan pelbagai negara serta landskap tadbir urus global.
Justeru beliau menekankan keperluan semua pihak bersinergi untuk mencorak masa depan digital dan pintar yang bersifat inklusif, terbuka, lestari, saksama, selamat dan boleh dipercayai.
Jia berkata China merupakan penyokong, penggalak dan perintis dalam pembangunan keupayaan AI, khususnya mengetengahkan Inisiatif Tadbir Urus AI Global bagi membantu negara-negara lain berkongsi manfaat daripada teknologi pintar.
Persidangan AI Sedunia 2026 dan Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus AI Global dijadual berlangsung di Shanghai dari 17 hingga 20 Julai.
Beliau berkata China menanti-nantikan semua pihak aktif menyertai acara berkenaan untuk bersama-sama merapatkan jurang AI.
- Tingkatkan Persefahaman Melalui Dialog Antara Tamadun - Wang Yi
- Wang Yi Bertemu Setiausaha Agung PBB
- Wang Yi Seru Perkasakan Semula PBB
- Robot Trafik Pintar Ditempatkan di Hangzhou
- Era AI, OPC Bagai Cendawan Tumbuh Lepas Hujan
- Syarikat China Terajui Integrasi AI, Automobil
- Wang Yi Bertemu Presiden Perhimpunan Agung PBB Ke-80 di Beijing
- Lawatan Cheng Li-wun di Beijing Tertumpu kepada Perkembangan AI
- Model AI China Diguna Pakai Meluas
- Keprihatinan Negara Membangun Diseru Ditimbangkan dalam Pembaharuan PBB




