Menteri Pertahanan China Bertemu Ketua Pentagon di Kuala Lumpur

(CRI)Jumaat 31 Oktober 2025

Jabatan pertahanan China dan Amerika Syarikat (AS) perlu melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara melalui tindakan praktikal dan memanfaatkan sepenuhnya komunikasi strategik peringkat tinggi.

Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan China Dong Jun ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth di luar Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) ke-12di Kuala Lumpur, Malaysia pada Jumaat.

Dong berkata jabatan berkenaan perlu memperkukuh komunikasi di peringkat dasar bagi meningkatkan rasa saling percaya serta memperluas interaksi positif antara pegawai dan anggota tentera kedua-dua negara.

Beliau juga berharap China dan AS dapat bersinergi membina hubungan ketenteraan yang mantap berdasarkan prinsip sama rata, saling hormat dan hidup bersama secara aman.

Video

Berita Berkaitan