Konflik Ketenteraan Berkaitan Greenland, "Perang Paling Bodoh Dalam Sejarah" - Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Denmark

(CRI)Isnin 12 Januari 2026

Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Denmark, Rasmus Jarlov pada Ahad menyatakan bahawa sekiranya berlaku sebarang konflik ketenteraan berkaitan Greenland, ia akan menjadi "perang paling bodoh dalam sejarah".

Dalam satu temu bual bersama Sky News, Jarlov mengkritik keras kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang berniat untuk menguasai Greenland, dan menyifatkannya sebagai "tuntutan wilayah paling tidak sah dalam sejarah moden".

Tambah beliau, Greenland tidak dipengaruhi Rusia atau China, dan kedua-dua negara itu tidak mempunyai sebarang aktiviti di sana.

Video

Berita Berkaitan