Jepun Perlu Bertindak Berhati-hati dalam Bidang Ketenteraan: MFA

(CRI)Khamis 02 April 2026

China menyuarakan kebimbangan serius terhadap penempatan peluru berpandu jarak jauh oleh Jepun di wilayah Kumamoto dan Shizuoka.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Mao Ning berkata tindakan Jepun menempatkan senjata berbahaya dengan dalih 'pertahanan' dan 'serangan balas' adalah jauh melampaui skop 'pertahanan diri' serta 'dasar berteraskan pertahanan semata-mata'.

Kelakuan seumpama melanggar siri dokumen yang mempunyai kuasa di bawah undang-undang antarabangsa antaranya Deklarasi Kaherah, Perisytiharan Potsdam dan Instrumen Penyerahan Kalah Jepun, selain bertentangan dengan Perlembagaan Jepun serta norma sedia ada di negara itu.

Mao turut menggesa Jepun supaya mematuhi komitmen dibuatnya serta bertindak dengan berhati-hati dalam bidang keselamatan dan ketenteraan.

Video

Berita Berkaitan