- Lain-lain
UNSC Tidak Boleh Hantar Isyarat Salah dalam Konteks Konflik Meruncing
Dalam situasi konflik terhadap Iran yang berisiko untuk terus memuncak, sebarang kelulusan draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) berkemungkinan menghantar isyarat yang sangat salah yang membawa implikasi yang amat serius
Demikian dinyatakan Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong, dalam kenyataannya selepas pengundian draf resolusi berkaitan Selat Hormuz di UNSC pada Selasa.
Beliau berkata draf resolusi itu gagal mencerminkan secara menyeluruh dan seimbang punca serta realiti sebenar konflik yang berlaku.
Jelas Fu, kecaman sepihak terhadap tekanan, penafsiran sebagai ancaman terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa, serta tindakan pengawalan menggunakan kekerasan dilihat berisiko tinggi untk disalah tafsir, bahkan boleh disalahgunakan.
Tegasnya, UNSC tidak seharusnya tergesa-gesa mengundi draf resolusi yang masih menimbulkan kebimbangan serius di kalangan pihak berkepentingan.
Sehubungan itu, China memutuskan untuk mengundi menolak draf resolusi berkenaan.
- Serangan AS-Israel Ragut Nyawa Seramai 310 Pelajar dan Guru di Iran
- Lebih 30 Universiti di Iran Jadi Sasaran Serangan
- AS Tidak Memerlukan Selat Hormuz: Trump
- AS, Israel Didakwa Sengaja Serang Fasiliti Pendidikan Iran
- Dua Pertiga Rakyat AS Harap Operasi terhadap Iran Ditamatkan Segera - Tinjauan Reuters/Ipsos
- Lebih 105,000 Fasiliti Awam di Iran Rosak Akibat Serangan
- Iran Kemukakankan Prasyarat Gencatan Senjata
- Iran Komited Tamatkan Perang, Tidak Pernah Kejar Milik Senjata Nuklear: Presiden Masoud Pezeshkian
- Sebuah Kapal Tangki Thailand Selamat Melalui Selat Hormuz
- Kebanyakan Rakyat AS Anggap Perang Terhadap Iran Tidak Lancar




