PM Pakistan: Gencatan Senjata Iran-AS Berkuat Kuasa Serta-Merta

(CRI)Rabu 08 April 2026

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif hari ini mengesahkan bahawa Iran dan Amerika Syarikat (AS) serta rakan sekutu kedua-dua pihak bersetuju untuk mengisytiharkan gencatan senjata di semua lokasi termasuk Lubnan dan kawasan lain.

Menurut Shehbaz, genjatan senjata itu berkuat kuasa serta-merta, mulai hari ini.

Pada hari yang sama, beliau menerusi kenyataan di akaun media sosial miliknya turut menjemput delegasi Iran dan AS untuk mengadakan rundingan di Islamabad pada Jumaat ini (10 April) bagi mencapai persetujuan muktamad dalam menyelesaikan semua pertikaian.

Menurut Shehbaz, kedua-dua pihak telah menunjukkan kebijaksanaan dan persefahaman yang luar biasa, di samping terus mengambil bahagian dalam mendorong usaha keamanan dan kestabilan dengan peranan yang membina.

Justeru, pihaknya berharap "Rundingan Islamabad" dapat mencapai keamanan yang mampan dan berkekalan.

Video

Berita Berkaitan