- Lain-lain
Pijak Garis Merah, Buruk Padahannya

Kapal pemusnah 'Ikazuchi' milik Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun dilaporkan belayar melalui Selat Taiwan pada 17 April.
Tindakan itu bukanlah 'pelayaran bebas', sebaliknya provokasi yang sengaja dilakukan Jepun dengan niat mencabar asas politik hubungan China-Jepun serta mendorong 'militarisme model baharu'.
Ia turut mendedahkan cubaan kuasa sayap kanan Jepun untuk menjejaskan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.
Susulan itu, kerajaan China mengemukakan bantahan keras kepada pihak Jepun.
Pada 17 April 1895, Jepun menduduki Taiwan dan Kepulauan Penghu selepas memaksa kerajaan Dinasti Qing menandatangani 'Perjanjian Shimonoseki'.
Tindakan kapal Jepun memilih tarikh itu untuk melintasi Selat Taiwan, berkemungkinan sengaja menggunakan titik masa yang sensitif untuk mencetuskan provokasi dan menyinggung perasaan rakyat China.
Negara itu berbuat sedemikian juga sebagai memberi sokongan kepada pemisah 'kemerdekaan Taiwan', sekali gus memperkukuh kehadiran ketenteraannya di rantau Asia Pasifik.

Pelayaran melintasi Selat Taiwan oleh kapal berkenaan mengambil masa hampir 14 jam, jauh lebih lama berbanding biasa. Hal ini memperlihatkan ia bukan pelayaran normal, sebaliknya provokasi ketenteraan secara terang-terangan.
Lebih 80 tahun lalu, tentera Jepun melancarkan perang pencerobohan sehingga membawa kesengsaraan kepada rakyat negara-negara Asia.
Kini, 'militarisme model baharu' mengulangi kesilapan yang sama dan akhirnya akan menemui jalan buntu.
Justeru masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri dan membiarkan ancaman seumpama terus meningkat.
- China Bantah Kapal Pasukan Pertahanan Diri Jepun Melintasi Selat Taiwan
- Ahli Parlimen Jepun Sekongkol dengan Pembelot Taiwan, China Bertindak Balas
- Masyarakat Antarabangsa Semakin Sedar Impak Buruk Kenyataan PM Jepun Berhubung Hal Taiwan
- Berwaspada pada Bahaya Kecenderungan Jepun Bangkitkan Militarisme - Menteri Luar China
- Jepun Digesa Laksana Janji dan Kewajipan Antarabangsa
- Forum Kumpulan Pemikir PKC-KMT Bincang Masa Depan Pertukaran dan Kerjasama Kedua-dua Pantai Selat Taiwan
- China Gesa Jepun Hentikan Semua Cubaan Berkaitan Taiwan
- China Gesa Jepun Betulkan Kenyataan Salah Mengenai Taiwan
- China Pertahan Kawalan Eksport Item Dwi-guna, Tolak Tuduhan Jepun
- Suara Senada Patuhi Prinsip Satu China




