Zhang Guoqing Hadiri Forum Bandar Sedunia ke-13 di Azerbaijan

(CRI)Selasa 19 Mei 2026

Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin sempena Forum Bandar Sedunia ke-13 di Baku, ibu negara Azerbaijan pada Selasa, sebagai wakil khas Presiden China, Xi Jinping.

Dalam ucapannya, Zhang berkata China bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk melaksanakan empat inisiatif global yang dicadangkan China termasuk memperkukuh pembangunan bandar yang lebih selesa, selamat dan berdaya tahan.

Sidang kemuncak itu dihadiri ketua negara, ketua kerajaan wakil kanan dari lebih 30 negara serta beberapa organisasi antarabangsa.

Pada sidang tersebut, Zhang sempat bertemu dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Heydar Oglu Aliyev dan Pengarah Eksekutif UN Habitat, Anaclaudia Marinheiro Centeno Rossbach.

Video

Berita Berkaitan