- Lain-lain
Naib PM China Bertemu CEO AMD, Seru Tingkatkan Kerjasama
Naib Perdana Menteri China, He Lifeng menerima kunjungan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengeluar chip dari Amerika Syarikat (AS), Advanced Micro Devices (AMD), Lisa Su di sini, pada Isnin.
He, yang juga Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dalam pertemuan itu berkata, Presiden China Xi Jinping dan Presiden AS Donold Trump telah mengadakan rundingan di Beijing pada minggu lepas dan mencapai beberapa konsensus penting.
Di bawah pimpinan strategik pemimpin tertinggi China dan AS, menurut He, delegasi ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara juga mencapai hasil yang seimbang dan positif, sekali gus memberikan lebih banyak kepastian dan kestabilan kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara, malah ekonomi dunia.
Beliau mengalu-alukan perusahaan rentas sempadan termasuk AMD mengambil peluang pembangunan China untuk meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan.
Lisa Su pula menyanjung tinggi hasil pertemuan kemuncak AS-China, di samping menzahirkan kesediaan pihaknya untuk memperluas urus niaga serta meningkatkan pelaburan di China.
- Rundingan Perdagangan China, AS Capai Hasil Positif
- Tinjauan CGTN: Visi Baharu Hubungan China, AS Bekalkan Kepastian kepada Dunia
- Tinjauan CGTN: China, AS Harus Makmur Bersama
- Visi Baharu Singkap Lembaran Baharu Hubungan China, AS
- Wang Yi Perkenal Hasil Pertemuan Xi, Trump
- Pertemuan Xi, Trump Tingkat Persefahaman, Perkukuh Kerjasama - MFA
- China, AS Boleh Pacu Pembangunan Masing-masing Menerusi Pemerkasaan Kerjasama - Xi
- Trump Akhiri Lawatan di China
- Usahawan AS Optimis Peluang Dijana Pasaran China
- Perdana Menteri China Bertemu dengan Wakil Industri dan Perniagaan AS




