Keterbukaan China Jadi Platform Kongsi Peluang Pembangunan dengan Dunia

(CRI)Jumaat 09 Oktober 2026

China kini muncul sebagai negara sumber pelancong antarabangsa terbesar di dunia, dan juga destinasi utama bagi pelancongan global.

Data daripada platform berkaitan menunjukkan bahawa sepanjang tempoh cuti Hari Kebangsaan China dari 1 hingga 7 Oktober, pelancong China telah menjejakkan kaki ke lebih 2,000 bandar di seluruh dunia.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) yang memetik data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) pada 7 Oktober melaporkanbahawa jumlah tempahan tiket penerbangan dari China ke Australia bagi bulan Oktober tahun ini meningkat sebanyak 19 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Beberapa laporan media asing turut menyatakan bahawa kehadiran pelancong China bukan sahaja membawa aliran trafik manusia yang besar, malah berjaya merangsang peningkatan pendapatan dalam pelbagai sektor termasuk penerbangan, hotel, katering dan peruncitan.

Sementara itu, kemasukan pelancong asing ke negara Tembok Besar juga dilaporkan melonjak dengan ketara, susulan usaha berterusan China dalam menambah baik sistem perkhidmatan pelancongan masuk ke negara tersebut.

Menurut statistik, jumlah kemasukan pelancong asing semasa tempoh cuti Pesta Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan masing-masing merekodkan peningkatkan lebih 10 peratus.

Malah pelancong asing turut meluahkan keterujaan dan rasa cinta mereka terhadap negara China.

Menjelang November ini, Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-9 dijadual berlangsung di Shanghai, manakala Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33 pula akan membuka tirainya di Shenzhen.

Daripada kerancakan musim percutian "Minggu Keemasan" sehinggalah kepada penganjuran pelbagai persidangan antarabangsa yang padat, China dilihat terus memperluas tahap keterbukaan, demi berkongsi peluang pembangunan bersama dunia.

Video

Berita Berkaitan