China, EU Komited Kekalkan Hubungan Perkongsian dan Kerjasama

(CRI)Ahad 11 Oktober 2026

Mesyuarat Berkala Kedua Mekanisme Perundingan Perdagangan dan Pelaburan China-Kesatuan Eropah (EU) telah diadakan di Beijing pada 8 dan 9 Oktober.

Dalam mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan yang praktikal dan produktif, serta mencapai senarai konsensus yang merangkumi 16 hasil dalam empat bidang utama.

Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk mengadakan mesyuarat berkala ketiga pada Mac 2027.

Jumlah keseluruhan ekonomi China dan Eropah melebihi satu pertiga daripada ekonomi dunia, manakala jumlah dagangan China dan Eropah pula melebihi satu perempat daripada perdagangan global.

Dalam mesyuarat kedua mekanisme tersebut, kedua-dua pihak menyatakan bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan China-Eropah yang stabil dan sihat bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat dan rakyat kedua-dua pihak, tetapi turut menyumbang keyakinan dan tenaga positif kepada pertumbuhan ekonomi dunia serta kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian bekalan global.

China dan Eropah merupakan penyokong teguh dan penyumbang aktif kepada sistem perdagangan multilateral.

Pada mesyuarat kali ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh komunikasi dan kerjasama secara terbuka dan membina, serta membincangkan isu-isu berkaitan pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), sekali gus memainkan peranan penting dalam mempromosikan multilateralisme dan menambah baik tadbir urus global.

Video

Berita Berkaitan