China Gesa Gencatan Senjata di Sudan

(CRI)Khamis 10 Ogos 2023

China menggesa pihak terbabit di Sudan supaya melakukan gencatan senjata secepat mungkin.

Pendirian itu disuarakan naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Dai Bing pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung isu Sudan, Rabu.

Dai berkata pihak terbabit perlu mengambil berat kepentingan negara dan rakyat, menghentikan segera pertempuran, menyelesaikan perselisihan menerusi dialog, dan mewujudkan keadaan kondusif demi perdamaian.

Menurut beliau, Sudan kini bergelut dengan isu kemanusiaan, dan kesan limpahan juga memberi tamparan kepada negara jiran.

Dai turut menyeru masyarakat antarabangsa supaya membantu Sudan dan negara jiran meningkatkan keupayaan tindak balas kemanusiaan serta memperluas skop operasi menyelamat dan menyokong inisiatif kemanusiaan serantau.

Video

Berita Berkaitan