- Lain-lain
Xi Bertemu PM Grenada
China bersedia bekerjasama dengan Grenada untuk memperkukuh penyelarasan strategi pembangunan dan mendorong kerjasama bilateral membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Perkara itu dinyatakan Presiden China Xi Jinping dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Grenada Dickon Mitchell di Beijing pada Isnin.
Xi berkata China komited menyokong usaha Grenada meneroka jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negaranya, meningkatkan perkongsian pengalaman tadbir urus negara dan memperkukuh pertukaran dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Beliau turut menzahirkan kesediaan China untuk menghulurkan bantuan kepada Grenada dalam rangka kerjasama Selatan-Selatan bagi memacu pembangunan sosioekonomi negara itu, selain meneroka kerjasama dalam bidang tenaga baharu, rendah karbon dan ekonomi digital.
Xi juga menyuarakan sokongan China terhadap Grenada dalam mempertingkatkan keupayaan menangani perubahan iklim serta pengurusan bencana dan komited mendorong masyarakat antarabangsa untuk memberi keutamaan terhadap keperluan negara-negara pulau yang kecil dalam isu perubahan iklim.
Tambah Xi lagi, China sentiasa mementingkan hubungan dengan negara-negara Carribean dan sudi menawarkan bantuan setakat yang termampu bagi memacu pembangunan sosioekonomi negara di rantau tersebut, di samping memperdalam perkongsian kerjasama komprehensif antara kedua-dua pihak.
Sementara itu, Mitchell berkata pihaknya berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dengan China dan ingin menimba pengalaman dari negara Tembok Besar berkaitan urusan pentadbiran negara.
Pada pertemuan tersebut, Mitchell turut menyuarakan pandangannya terhadap China sebagai peneraju Selatan Global yang sentiasa menjunjung kesamarataan antara negara besar dan negara kecil, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara di dunia serta memainkan peranan penting dalam perihal antarabangsa.
Katanya, Grenada komited untuk berganding bahu dengan China dalam melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) serta Inisiatif Peradaban Global (GCI) selain memelihara kedamaian dan kestabilan dunia.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- China Ikrar Bantu Chad Dorong Pembangunan Modenisasi
- FOCAC Simbolik Solidariti dan Kolaborasi China-Afrika
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Ghana Baharu
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Namibia
- Petani Afrika Terima Manfaat Projek Halaman Belakang Teknologi Sains China
- Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Botswana Duma Boko
- Presiden China, Zambia Tukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik
- Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Mozambique
- Kapal Hospital China "Peace Ark" Buat Lawatan ke Cameroon
- Li Qiang Berucap pada Persidangan Usahawan China-Afrika