AWG 2025: China Mendominasi Hari Keempat dengan Enam Emas

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 Februari 2025

Gao Tingyu (kiri), Lian Ziwen (tengah) dan Ning Zhongyan dari China bergambar di podium selepas perlawanan akhir pecut berpasukan lelaki acara luncur laju di Sukan Asia Musim Sejuk ke-9 di Harbin, Provinsi Heilongjiang, timur laut China, 10 Februari 2025. (Xinhua/Wang Kaiyan)

China melabuhkan tirai hari keempat Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) Harbin 2025 dengan catatan enam pingat emas daripada tujuh yang dipertandingkan, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.

Peluncur laju, Gao Tingyu yang juga salah seorang daripada enam pembawa bendera OCA semasa upacara pembukaan AWG Harbin 2025, memungut emas keduanya pada temasya itu dalam acara 500 meter lelaki selepas kejayaannya dalam perlumbaan 100 meter lelaki Sabtu lalu.

Sementara itu, Yang Binyu mendahului podium yang disapu bersih oleh China dalam acara luncur laju wanita 3,000 meter, dengan Han Mei dan Tai Zhien yang berusia 18 tahun masing-masing memperoleh perak dan gangsa.

Yang Binyu (kiri) dari China meraikannya selepas perlawanan akhir 3000 meter kategori wanita acara luncur laju di Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin, Provinsi Heilongjiang timur laut China, 10 Februari 2025. (Xinhua/Zhao Zishuo)

Peluncur China kemudian mengekalkan momentum yang kuat, mencatat masa satu minit dan 19.22 saat untuk memenangi acara pecut berpasukan lelaki, manakala peluncur dari Korea Selatan menduduki tempat kedua setelah ketinggalan 1.26 saat, dan disusuli oleh atlet Jepun.

Dalam acara salji di Yabuli pula, China telah memperoleh tiga emas yang didapati menerusi pemain papan salji China, Xiong Shirui dalam final ski gaya bebas wanita, sementara rakan sepasukannya Zhang Xiaonan merangkul pingat perak.

Seorang lagi atlet China, Yang Wenlong mendominasi kejuaraan luncur gaya bebas lelaki dengan 193.25 mata, sementara rakan senegaranya Jiang Xinjie merangkul perak dan pemain Korea Selatan Kang Dong-hun menduduki tempat ketiga.

Pasukan campuran ski gaya bebas yang dipimpin oleh pemenang pingat emas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Qi Guangpu dan Xu Mengtao turut menyaksikan China memenangi emas tanpa saingat sengit, dengan bakat muda Li Xinpeng menjaringkan mata tertinggi dalam kalangan tiga pemain ski China pada perlawanan akhir.

Yang Wenlong dari China meraikannya semasa perlawanan akhir luncur gaya bebas lelaki di Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Yabuli, Provinsi Heilongjiang, timur laut China, 10 Februari 2025. (Xinhua/Mu Yu)

Video

Berita Berkaitan