- Lain-lain
AWG 2025: China Perbaharui Rekod Kutipan Pingat, Thailand Peroleh Emas Pertama
Liu Mengting (tengah), Yang Ruji (kanan) dan Han Linshan dari China meraikan kemenangan perlawanan akhir ski bebas wanita gaya curam di Sukan Asia Musim Sejuk 2025 di Yabuli, Provinsi Heilongjiang, timur laut China, pada 11 Februari. (Xinhua/Yang Qing)
China sekali lagi memperbaharui rekod bagi pingat paling banyak dimenangi dalam Sukan Asia Musim Sejuk (AWG), manakala Thailand berjaya merangkul pingat emas pertamanya pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Xinhua, China telah merangkul enam emas, lima perak dan lima gangsa, sekali gus menjadikan kutipan pingat keseluruhan sebanyak 70. Angka tersebut secara tidak langsung melangkaui rekod terdahulu iaitu 61 pingat yang dikutip pada AWG 2007 di Changchun.
Momen pecah rekod tersebut tiba apabila Liu Mengting, Yang Ruyi dan Han Linshan masing-masing memenangi emas, perak dan gangsa dalam perlawanan akhir ski bebas wanita gaya curam.
China turut menambah satu lagi emas menerusi ski gaya bebas selepas Feng Junxi dan Wang Xue bersama-sama dengan Cehn Meiting dan Xu Mengtao menjuarai kategori segerak udara wanita.
Foto Feng Junxi dan Wang Xue meraikan kemenangan ski gaya bebas kategori segerak udara wanita pada Sukan Asia Musim Sejuk ke-9 di Yabuli, Provinsi Heilongjiang di timur laut China pada 11 Februari 2025. (Xinhua/Zhang Chenlin)
Pasukan luncur laju China menamatkan saingannya dengan persembahan dominan, memenangi kesemua empat pingat emas yang dipertandingkan pada hari tersebut. Ning Zhongyan mencipta rekod baharu Sukan dalam acara 1,000 meter lelaki dengan catatan masa satu minit, 8.81 saat. Cha Min-kyu dari Korea Selatan mendapat tempat kedua, dan pemain China, Lian Ziwen meraih gangsa.
Ning Zhongyan dari China meraikannya selepas perlawanan akhir 1,000m lelaki acara luncur laju di Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin, Provinsi Heilongjiang, timur laut China, 11 Februari 2025. (Foto Lan Hongguang/Xinhua)
Dalam acara 1,000 meter akhir wanita, atlet China, Han Mei dan Yin Qi menamatkan satu-dua, dengan pemain Korea Selatan Lee Na-hyun meraih gangsa. China turut memenangi dalam kedua-dua acara mengejar pasukan lelaki dan wanita.
Kalender 24 Jieqi: Hari Lichun, Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- AWG 2025: China Mendominasi Hari Keempat dengan Enam Emas
- Jana Ekonomi Ais & Salji di Kawasan Bahagian Timur Laut China
- Xi Bertemu Presiden IOC di Harbin
- Sukan Musim Sejuk Asia Ke-9 Dirasmikan
- Teknologi Canggih Jamin Kejayaan Sukan Musim Sejuk Asia
- Presiden Xi Anjur Majlis Jamuan Buat Tetamu Kehormat AWG
- Xi Jinping akan Hadir Upacara Perasmian AWG Esok
- Kontinjen China Hantar 170 Atlet, Sertai Semua Acara di AWG 2025
- Persiapan Sukan Asia Musim Sejuk Harbin Selesai
- Bekalan Elektrik Hijau untuk Semua Venue AWG Harbin