‘Monorel Mini’ Permudah Pertanian di Yunnan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 26 Februari 2025

Di sebuah ladang nan luas di Kaunti Autonomi Wa dan Dai Gengma di Provinsi Yunnan, terdapat ‘mini monorel’ yang bergerak perlahan sambil membawa terung bersaiz berwarna ungu gelap dan bersaiz besar.

Pastinya terdapat soalan yang bertanya tentang fungsi monorel di tengah-tengah ladang sayur-sayuran tersebut.

Bagi para petani di tapak penanaman sayur-sayuran di sebuah kampung yang terletak di pekan Mengding, monorel tersebut telah mempermudahkan mereka untuk membawa terung segar yang baru dipetik ke bengkel pembungkusan sayur-sayuran.

Difahamkan, monorel tersebut yang direka bentuk oleh Syarikat Lincang Tianxin Agricultural Technology itu menampilkan enjin diesel, pengangkut rata, dan trek dengan kapasiti muatan sehingga 200 kilogram, sekali gus membolehkan pendakian yang stabil, pusingan yang tangkas, pergerakan maju ke hadapan dan mundur yang lancar, serta brek segera.

Kesemua ciri-ciri itu secara tidak langsung menjadikan ‘monorel mini’ itu sebagai solusi dengan kecekapan tinggi untuk mengangkut sayur-sayuran, baja dan keperluan lain bagi penanaman di sepanjang laluan yang berceranggah.

Terdahulu, kerja-kerja untuk mengangkut baja, peralatan tani dan sayur-sayuran bergantung secara sepenuhnya pada kudrat manusia. Ia bukan sahaja memakan masa, tetapi juga turut memenatkan dan memerlukan kos yang tinggi.

Kini, pangkalan tersebut telah membina sistem rel seluas hampir 11,000 meter. Untuk rekod, pangkalan sayur-sayuran yang meliputi 40 hektar itu telah dibangunakan oleh Syarikat Lincang Tianxin Agricultural Technology menerusi peralihan tanah. Pada 2024, pangkalan itu telah menjana output lebih daripada RMB4 juta.

Dengan menggalakkan pemesinan dan teknologi mengikut kesesuaian keadaan setempat, kaunti tersebut telah menyediakan petani dengan bantuan yang mereka perlukan untuk mendorong pendapatan masing-masing.

Video

Berita Berkaitan