Syarikat Asing Cenderung Labur di China Berdasarkan Keuntungan yang Tercapai

(CRI)Selasa 04 Mac 2025

Menurut satu laporan tinjauan yang dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan Amerika Syarikat di Selatan China (AmCham South China) yang diterbitkan dalam laman web "South China Morning Post" (SCMP) baru-baru ini, syarikat asing termasuk syarikat Amerika Syarikat (AS) yang bertapak di China, cenderung untuk mengembangkan perniagaan mereka berdasarkan keuntungan yang tercapai dalam beberapa tahun akan datang.

Tinjauan tersebut dijalankan AmCham South China terhadap 316 buah syarikat anggotanya dari 11 Oktober hingga 23 Disember tahun lalu, dengan 34% merupakan syarikat AS, 25% berasal dari Tanah Besar China, 17% dari wilayah Hong Kong dan Macau serta14% dari Eropah.

Keputusan tinjauan itu menunjukkan bahawa pelbagai syarikat responden akan meningkatkan pelaburan bagi mengembangkan perniagaan mereka berdasarkan keuntungan yang tercapai di China yang bernilai USD14.59 bilion (RM65.2 bilion) dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang. Angka tersebut telah meningkat 33.18% berbanding yang tercatat dalam tinjauan edisi sebelumnya.

Selain itu, sebanyak 57% syarikat AS telah melakukan pelaburan berdasarkan keuntungan yang tercapai di China pada tahun 2024, setara dengan yang tercatat pada tahun 2023. Manakala, hampir 90% syarikat AS telah memperoleh keuntungan di China pada tahun lalu. Peningkatan yang ketara dalam jumlah pelaburan asing berdasarkan keuntungan yang tercapai menunjukkan bahawa keyakinan syarikat asing terhadap potensi pasaran China meningkat semula.

Presiden AmCham South China, Harley Seyedin dalam satu kenyataan akhbar berkata, "Syarikat asing sedang meningkatkan pelaburan mereka di China untuk memastikan kedudukan yang kukuh dalam pasaran yang penting ini. Lonjakan dalam jumlah pelaburan semula menandakan keyakinan syarikat asing terhadap masa depan China serta harapan untuk kerjasama yang lebih erat antara AS dengan China."

Menurut beliau, tiga perempat syarikat AS di China menguruskan perniagaan mengimport alat ganti dari AS dan menghasilkan produk serta menyediakan perkhidmatan di China untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. Kelompok syarikat AS itu percaya bahawa pelaburan semula yang berterusan di China adalah penting untuk kejayaan jangka panjang.

Sementara itu, laporan tinjauan kali ini juga menunjukkan bahawa menyentuh tentang perkembangan hubungan AS-China, pelbagai syarikat responden telah menunjukkan keyakinan yang berkurangan dengan ketara.

Hanya terdapat satu perempat responden yang mengeluarkan rasa optimis, menurun 19% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam pada itu, bilangan syarikat AS yang berasa optimis berkurangan sebanyak 22%, iaitu mencetuskan fenomena yang paling pesimis.

Selain itu, 45% syarikat menyatakan bahawa syer mereka dalam pasaran berkurangan susulan pelaksanaan tindakan AS tentang peningkatan tarif. Antaranya, syarikat AS terjejas paling teruk, dengan 54% mendapat tempias dari tindakan tersebut.

Video

Berita Berkaitan