Tanaman Asing Berkembang Subur di Yunnan

Terletak di bahagian barat daya China, Provinsi Yunnan, telah menjadi tanah yang subur bagi tiga tanaman asing iaitu kopi, alpukat dan kacang makadamia. Ia secara tidak langsung telah mendorong penduduk tempatan dalam menjana pendapatan.

Lebih menarik, tanaman yang dianggap eksotik itu bukan sahaja berkembang subur, malah turut memberi pengalaman unik buat pelancong yang mengunjungi Yunnan.

Menghirup secangkir kopi di Pu’er

Pu’er merupakan salah satu kawasan penghasilan kopi di China. Menurut statistik kerajaan tempatan, bandar itu mempunyai 679,000 mu (sekitar 45,267 hektar) penanaman kopi pada 2023, yang menghasilkan 51,300 tan biji kopi, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan output kopi di China.

Di daerah Simao di Pu’er, aktiviti lawatan sambil belajar telah menjadi satu aktiviti popular bagi pelajar muda, yang membawa mereka ke bahagian dalam hutan gunung untuk menerokai rahsia penanaman kopi.

Bagi membangunkan lagi industri itu, Pu’er telah melaksanakan model kerjasama yang melibatkan kampung kolektif dan petani kopi tempatan. Bandar itu juga telah menubuhkan 13 estet kopi, sekali gus mendorong kepada pertumbuhan pendapatan yang stabil buat petani.

Hari ini, Pu’er mempunyai 270,000 petani kopi dan pekerja industri, dengan pendapatan per kapita secara puratanya dicatatkan meningkat dua kali ganda sepanjang tiga tahun yang lalu.

Estet kopi di Pu’er telah menarik satu lagi golongan pengunjung iaitu sukarelawan kopi. Sebahagian daripada mereka minat terhadap seni kopi, manakala yang lain pula bercita-cita untuk membuka kedai kopi masing-masing.

Para peminat kopi tersebut juga telah menyelami dalam dunia kopi, dengan menetap di kawasan estet itu selama berminggu-minggu untuk mempelajari bisnes itu secara langsung.

Menerokai seni penanaman alpukat di Menglian

Meskipun pokok membengkok di bawah salji tebal di utara China, bukit di Kaunti Autonomi Dai, Lahu dan Wa Menglian di Pu'er diselimuti pokok alpukat hijau.

Pada 2007, Qi Jiazhu, pengasas syarikat Pu'er Lvyin Biology telah menanam anak pokok alpukat Menglian yang pertama. Berazam untuk mencari varieti yang sesuai dengan iklim tempatan, dia melabur lebih RMB100 juta (kira-kira AS$13.78 juta).

Jelas beliau, usaha untuk melalukan penanaman memerlukan kesabaran.

"Pertama, anda menguji sama ada ia akan membesar. Kemudian, anda melihat hasil dan daya tahannya terhadap penyakit. Usaha untuk membangunkan varieti yang baik mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun," ujar Qi.

Untuk menggalakkan lebih ramai petani mengambil bahagian, Menglian memperkenalkan kerjasama model perkongsian untung. Di bawah model ini, petani memperoleh dividen daripada tanaman mereka dan menjadi pekerja dengan menguruskan ladang.

Menurut laporan kerja kerajaan Menglian 2024, ladang alpukat di kaunti itu telah mencapai 108,100 mu, dengan pengeluaran 20,400 mu. Pokok-pokok itu menghasilkan 17,300 tan buah-buahan segar, bersamaan dengan 15 peratus daripada import alpukat China.

"Berbanding dengan alpukat import, alpukat Menglian mempunyai kandungan bahan kering yang lebih tinggi dan rasa yang lebih kaya dan berkrim," kata Qi.

Rasai kacang makadamia Lincang

Ayam yang direbus bersama-sama dengan kacang macadamia, pastri kacang dan bebola mus kacang macadamia memenuhi meja di restoran Mu Wenfeng di kaunti Zhenkang, bandar Lincang di Yunnan.

Sekitar Embun Putih, iaitu penggal ke-15 ‘kalendar 24’ Cina yang jatuh pada awal September, kaunti Zhenkang akan menganjurkan festival menuai kacang makadamia, yang mempamerkan makanan istimewa berasaskan kacang seperti pastri dan kacang bersalut coklat. Aroma yang kaya dan mentega menarik minat orang ramai untuk merasainya.

Menurut Mu, pada masa lalu, kacang yang dituai awal memperoleh harga yang lebih tinggi. Justeru, petani akan memetiknya dengan kadar yang terlalu cepat, sekali gus menyaksikan banyak yang menjadi kosong dan tidak dapat digunakan apabila ia kering.

"Untuk memastikan kualiti, kerajaan menetapkan tarikh penuaian rasmi dan melancarkan festival itu, yang semakin membesar dari semasa ke semasa.

"Kami sedang membina rumah inap bertema kacang makadamia. Semasa musim menuai, tetamu boleh tinggal di kebun untuk memetik kacang, membuka dan merasainya segar dari pokok itu," ujar Mu.

Difahamkan, industri kacang makadamia Lincang pada mulanya menghadapi cabaran dengan hasil yang rendah.

Situasi Itu berubah apabila terdapatnya peningkatan sokongan teknologi dan pakar, yang mendorong kepada penambahbaikan kawalan perosak dan penstabilan pengeluaran. Hari ini, varieti hasil tinggi berkembang pesat, membolehkan petani menumpukan pada peningkatan jualan.

Kini, Lincang ialah pengeluar kacang makadamia terbesar di China, dengan penanaman kacang makadamia merangkumi semua lapan kaunti (daerah), 71 pekan dan perbandaran, dan 564 kampung.

Lebih daripada 180,000 isi rumah iaitu melebihi 510,000 individu yang dilaporkan terlibat dengan industri yang menjana nilai output sebanyak RMB600 juta.

1.	Foto buah alpukat yang tergantung di dahan pokok di Kaunti Autonomi Dai, Lahu dan Wa Menglian di bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Oleh Hu Zunhui) 2.	Foto jeli alpukat. (Oleh Hu Guihong) 3.	Seorang wanita sedang menunjukkan cara untuk menyisih alpukat. (Oleh Yan Sanka) 4.	Foto alpukat yang baru dituai. (Oleh Hu Zunhui) 5.	Seorang wanita sedang mengutip biji kopi kawasan penanaman kopi di bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Oleh Hu Zunhui) 6.	Foto biji kopi pada dahan pokok di kawasan penanaman bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Oleh Hu Zunhui) 7.	Foto menunjukkan tentang penghasilan kacang makadamia di Lincang, Provinsi Yunnan. (Oleh Song Yu)

1. Foto buah alpukat yang tergantung di dahan pokok di Kaunti Autonomi Dai, Lahu dan Wa Menglian di bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Oleh Hu Zunhui)

2. Foto jeli alpukat. (Oleh Hu Guihong)

3. Seorang wanita sedang menunjukkan cara untuk menyisih alpukat. (Oleh Yan Sanka)

4. Foto alpukat yang baru dituai. (Oleh Hu Zunhui)

5. Seorang wanita sedang mengutip biji kopi kawasan penanaman kopi di bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Oleh Hu Zunhui)

6. Foto biji kopi pada dahan pokok di kawasan penanaman bandar Pu’er, Provinsi Yunnan. (Oleh Hu Zunhui) 7. Foto menunjukkan tentang penghasilan kacang makadamia di Lincang, Provinsi Yunnan. (Oleh Song Yu)

Video

Berita Berkaitan