Empat Negara Eropah Sokong Pelan Arab untuk Pembinaan Semula Gaza

(CRI)Ahad 09 Mac 2025

Menteri Luar Perancis, Jerman, Itali dan Britain pada Sabtu menyuarakan sokongan mereka terhadap pelan negara Arab untuk pembinaan semula Semenanjung Gaza.

Empat menteri menerusi satu kenyataan berkata, pelan berkenaan menunjukkan jalan yang realistik untuk pembinaan semula Gaza. Jika berjaya dilaksanakan, ia akan memperbaiki kehidupan rakyat Palestin di Gaza dengan cepat dan mampan.

Selain itu, mereka juga menyatakan pendirian menyokong peranan utama Pihak Berkuasa Palestin (PA) serta pelaksanaan agenda reformasinya.

Video

Berita Berkaitan