Putin Sokong Cadangan Gencatan Senjata Ukraine

(CRI)Jumaat 14 Mac 2025

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis menyatakan sokongan kepada cadangan gencatan senjata Ukraine, namun ujarnya masih banyak hal perlu dibincangkan dan diselesaikan.

Putin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko di Moscow semalam.

Menurut beliau, Rusia bersetuju dengan cadangan Ukraine untuk mengakhiri permusuhan, namun prasyaratnya adalah gencatan senjata itu dapat membawa keamanan yang berkekalan di samping menghapuskan punca krisis Ukraine.

Putin berkata memandangkan Kursk yang kini di dalam kawalan Rusia, cadangan gencatan senjata sementara selama 30 hari yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS) adalah menguntungkan Ukraine.

Ukraine mungkin akan menggunakan masa ini untuk melaksanakan mobilisasi paksa dan menyusun bekalan senjata. Oleh itu, perlu mencari cara untuk menangani "isu-isu seumpama".

Sementara itu pembantu Presiden Rusia, Yuri Ushakov sebelum ini menyatakan bahawa gencatan senjata sementara yang dibincangkan AS dan Ukraine hanya memberikan peluang kepada Ukraine untuk menarik nafas sejenak, manakala matlamat Rusia adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang.

Perjanjian gencatan senjata antara Rusia dengan Ukraine harus juga mengambil kira kepentingan dan kebimbangan Rusia.

Video

Berita Berkaitan