- Lain-lain
Program Subsidi China Rangsang Penggunaan Produk Digital
Kementerian Perdagangan pada Khamis berkata usaha China dalam menggalakkan pengguna untuk berbelanja telah menyaksikan permulaan yang memberangsangkan pada tahun ini, dengan langkah subsidi kerajaan menjadi pendorong dalam permintaan terhadap produk digital yang kian meningkat, lapor agensi berita Xinhua.
Sejak program subsidi dilancarkan pada 20 Januari, lebih daripada 42 juta pengguna telah memohon subsidi untuk membeli telefon pintar dan peranti digital lain, sekali gus memperlihatkan hasil jualan keseluruhan sebanyak RMB66.95 bilion (sekitar AS$9.33 bilion) setakat Selasa.
Menurut Biro Statistik Negara, untuk dua bulan pertama tahun ini, jualan runcit peralatan komunikasi telah direkodkan sebanyak RMB159.4 bilion, iaitu meningkat sebanyak 26.2 peratus dari tahun ke tahun.
Pada masa sama, kadar pertumbuhan pula dicatatkan 10 mata peratusan lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun 2024, secara tidak langsung mendahului semua kategori barangan pengguna utama.
Untuk rekod, China melaksanakan program subsidi sebagai sebahagian daripada usaha besar untuk memacu penggunaan domestik. Di bawah pelan tersebut, pengguna yang membeli telefon pintar, tablet, jam pintar, atau jalur pergelangan tangan sama ada jenama tempatan atau antarabangsa, dengan harga di bawah RMB6,000 setiap item akan mendapat subsidi 15 peratus, sehingga maksimum RMB500 setiap item.
- Penggunaan di Kawasan Luar Bandar China Pamer Kekuatan
- China Kemuka Pelan Inisiatif Istimewa, Mahu Rancakkan Penggunaan
- China Keluarkan Pelan Tindakan Tiga Tahun, Mahu Optimumkan Persekitaran Pengguna
- TBC 2025: Cuti Panjang 8 Hari Dorong Penggunaan, Pelancongan
- Guangxi: Galak Penggunaan pada Tahun Baharu melalui Program Tukar Beli
- Mengenal Semula "Pengguna China"
- Servis Memasak di Pasar Basah Kini Jadi Pilihan Berbanding Masak di Rumah Atau Tapau
- Pasaran Wangian Berkembang Pesat di China
- Pasaran Pengguna Semakin Pulih
- Galakkan Pembaharuan Kelengkapan dan Tukar Beli Barang Penggunaan: Xi