Naib PM Berbincang Bersama Wakil Perdagangan AS

(CRI)Khamis 27 Mac 2025

Naib Perdana Menteri yang juga ketua pihak China bagi urusan ekonomi dan perdagangan China-Amerika Syarikat (AS) He Lifeng mengadakan perbincangan secara maya dengan wakil perdagangan AS, Jamieson Greer pada Rabu.

He menyatakan kebimbangan serius terhadap tindakan AS menaikkan tarif ke atas produk China dengan alasan fentanyl, melancarkan siasatan Seksyen 301 serta merancang melaksanakan tarif timbal balik.

Beliau berharap AS dapat segera kembali ke landasan betul bagi menangani kebimbangan bersama menerusi perundingan secara sama rata.

Sementara itu, Greer berkata dialog yang jujur amat penting untuk meningkatkan persefahaman antara satu sama lain serta membantu menyelesaikan masalah.

China dan AS sependapat bahawa hubungan perdagangan yang stabil adalah selaras dengan kepentingan kedua-dua negara, dan bersetuju meneruskan komunikasi dalam isu-isu yang menjadi keprihatinan bersama.

Video

Berita Berkaitan