- Lain-lain
Duta Besar NZ ke China Tekankan Peranan Global Asia
“Kita sekarang berada dalam abad Asia, bukan?” itu adalah kenyataan yang dilontarkan oleh Jonathan Austin, Duta Besar New Zealand ke China ketika diwawancara oleh People’s Daily Online semasa Sidang Kemuncak Forum Boao untuk Asia (BFA) di Provinsi Hainan, selatan China.
Austin telah menekankan tentang pembangunan ekonomi Asia yang mengagumkan pada beberapa dekad kebelakangan ini dengan menyatakan bahawa ia telah membawa manfaat buat semua.
Tambah beliau, forum tersebut turut menyediakan platform untuk kesalinghubungan yang lebih baik dan hubungan ekonomi yang lebih rapat antara negara.
Menurut Duta Besar itu, beliau mengikut rapat ekonomi China serta menzahirkan harapan agar langkah-langkah yang diumumkan semasa sesi ‘Lianghui’ baru-baru ini akan membuahkan hasil produktif.
Mengulas mengenai perubahan iklim, Austin telah mengulangi tentang peri penting terhadap tindakan global yang terancang untuk mengatasi cabaran tersebut, dan menzahirkan pujian terhadap kepimpinan China dalam bidang tersebut.
- Cadangan China untuk Cipta Masa Depan Asia Lebih Indah
- BFA: Mantan PM Finland Puji Sasaran Pertumbuhan China
- Naib PM Bertemu Pemimpin Asing Sempena BFA
- Asia Penggerak dan Pestabil bagi Pertumbuhan Ekonomi Global
- BFA Semakin Berpengaruh
- Sidang Tahunan BFA Bermula
- Pusat Media BFA Dirasmikan
- Ding Xuexiang Dijadual Hadiri Sidang Tahunan BFA
- Sidang Tahunan Forum Boao akan Diadakan pada Mac
- Mesyuarat Meja Bulat BFA Bincang Kaedah Tangani Cabaran Global