- Lain-lain
Robot Penyelamat, Pengalih Kecemasan Pertama Dunia Diperkenal, Operasi Pada Suhu -20 ke 55 Darjah Celsius
![]() |
Robot penyelamat kecemasan dan robot pengalih kecemasan yang pertama di dunia, dibangunkan secara kendiri oleh Syarikat CSSC Haishen dan DEEP Robotics yang berpangkalan di Hangzhou. (Foto/Science and Technologi Daily) |
Robot penyelamat kecemasan dan robot pengalih kecemasan pertama di dunia yang dibangunkan secara kendiri oleh Syarikat CSSC Haishen dan DEEP Robotics yang berpangkalan di Hangzhou telah membuat penampilan sulungnya di Beijing pada Rabu.
Direka untuk beroperasi secara stabil dalam situasi dengan suhu lingkungi daripada -20 darjah Celsius sehingga 55 darjah Celsius, robot tersebut boleh digunakan secara meluas dalam penyelamatan bencana alam.
Memetik laporan agensi berita Global Times, robot tersebut menawarkan tiga mod pergerakan iaitu empat pedal, beroda dan untuk trek. Ia dilengkapi dengan kemampuan seperti berjalan, berlari, memanjat tangga dan curam, baring, mengelak gangguan dan mengatasi gangguan.
Selain menjadi penyelamat bencana alam, robot tersebut juga boleh ditentu atur untuk operasi di dalam suasana kompleks, respon kecemasan untuk insiden keselamatan, serta pengangkutan pra-hospital dan pesakit dalam.
Lapor Global Times yang memetik Science and Technology Daily, robot penyelamat kecemasan beroda dilengkapi dengan peranti perubatan kecemasan mudah alih dengan tujuh fungsi utama iaitu pernafasan, pengawasan, penyeduhan, ultrabunyi, defibrilasi, CPR dan bekalan oksigen. Dengan mengikut arahan, robot tersebut akan terus memanjat tangga, menavigasi rintangan dengan mudah, dan tiba di lokasi yang dikhususkan untuk melakukan rawatan kecemasan.
Manakala bagi robot pengalih kecemasan empat pedal pula mampu membawa individu yang tercedera pada belakangnya untuk operasi evakuasi segera. Semasa mengalih, ia akan menggunakan peranti perubatan kecemasan boleh alih yang dipasang pada kedua-dua bahagian untuk secara automatik dan tepat mengendalikan ‘rawatan kecemasan dinamik’ secara bergerak ke atas pesakit.
Menurut pakar, pelancaran robot tersebut merapatkan jurang global dalam kecerdasan yang terkandung untuk peralatan penyelamatan perubatan kecemasan.
Laporan itu turut berkata bahawa kesemua inovasi tersebut mengatasi banyak batasan dalam kaedah penyelamatan kecemasan manual tradisional, dan secara berkesan memenuhi permintaan peralatan penyelamat perubatan kecemasan pintar yang dilihat sebagai efisien, ringan, pantas dan berkemampuan untuk rawatan pantas.
Pakar berpendapat bahawa penemuan tersebut dijangka akan memperbaik kemampuan penyelamat perubatan kecemasan China secara keseluruhan.
Pengerusi merangkap ketua jurutera Syarikat CSSC Haishen, Huang Yuhong dipetik sebagai berkata bahawa, pihaknya memanfaatkan kelebihannya dalam peralatan perubatan dan robotik untuk membangunkan robot-robot kecemasan tersebut.
Mengikut laporan Global Times, melihat ke hadapan, syarikat itu merancang untuk mengintegrasikan teknologi termaju ke dalam siri peranti penyelamat keselamatan yang maju seperti kecerdasan terkandung, biopembuatan, teknologi kuantum dan 6G. Ia sekali gus menyumbang kepada pembangunan peralatan penyelamat pintar China yang berkualiti tinggi dan sistematik.
![]() |
Robot penyelamat kecemasan dan robot pengalih kecemasan yang pertama di dunia, dibangunkan secara kendiri oleh Syarikat CSSC Haishen dan DEEP Robotics yang berpangkalan di Hangzhou. (Foto/Science and Technology Daily) |
- Peranti ‘Robot Pembantu Berjalan’ Sasar Pasaran Warga Emas
- China Perkenal Robot Perlombongan Angkasa Lepas Pertama
- Anjing Robot Dikuasakan AI, Ambil Alih Tugas Pemeriksaan di Pangkalan Sayuran
- Robot Manusia Berjaya Lakukan Aksi ‘Front Flip’
- Robot Manusia China Ambil Alih Kerja Kilang, Rumah, Separa Maraton
- Robot Manusia ‘CASBOT 01’ Diperkenal Menerusi Penstriman Langsung di Beijing
- Pameran Teknologi Tinggi China ke-26 Buka Tirai
- Robot Manusia Ultra Ringan Pertama China Buat Debut di Chengdu
- Kerjasama Rapat Global Pacu Industri Robotik: PM China
- 27 Robot Humanoid Ditampilkan dalam WRC 2024