China, Jepun, Korea Selatan Tingkatkan Kerjasama Bincangkan FTA

(CRI)Isnin 31 Mac 2025
China, Jepun, Korea Selatan Tingkatkan Kerjasama Bincangkan FTA

China, Jepun dan Korea Selatan bersepakat memperhebat kolaborasi dalam kerangka Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), mempercepat rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), memperkasakan kerjasama rantaian pembekalan dan menambah dialog tentang kawalan eksport, memperdalam kolaborasi ekonomi digital dan hijau, dan mengeratkan kerjasama di peringkat daerah termasuk mesyuarat pertukaran teknologi Pan Laut Kuning, yang kesemuanya dilihat kondusif bagi sektor korporat ketiga-tiga negara merancakkan landskap perniagaan.

Persepakatan tersebut dimuktamadkan pada Mesyuarat Menteri Ekonomi dan Perdagangan China, Jepun dan Korea Selatan Ke-13 di Seoul pada Ahad.

Menurut Menteri Perdagangan China Wang Wentao, China tidak berganjak daripada usaha mendorong pembangunan berkualiti tinggi, meningkatkan tahap keterbukaan, dan sudi berkongsi peluang pembangunan dengan pelbagai negara termasuk Jepun dan Korea Selatan.

Video

Berita Berkaitan