- Lain-lain
China Tetap Pilihan Utama Pelabur Asing
China komited memperkasakan pembaharuan dan meningkatkan keterbukaan bertaraf tinggi.
Dengan ruang pasaran meluas, jangkaan dasar yang stabil dan iklim pembangunan yang baik, China tetap menjadi pilihan utama bagi pelabur asing, kata jurucakap Kementerian Luar China Guo Jiakun pada sidang media di sini, pada Isnin.
Diminta mengulas mengenai kehadiran ketua-ketua syarikat asing pada Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China dan Forum Asia Boao baru-baru ini, Guo berkata, ekonomi China mengekalkan momentum pemulihan kukuh pada dua bulan pertama tahun ini, dan potensi pasaran pengguna kedua terbesar di dunia ini terus dilepaskan, sementara kuasa produktif kualiti baharu diperkasakan.
"Dari pelaksanaan 20 peraturan baharu untuk menstabilkan pelaburan asing, ke laporan kerja kerajaan yang menekankan lebih banyak dasar rangsangan, China terus menurunkan syarat kemasukan pelaburan asing di samping membina iklim yang baik untuk berkongsi peluang pembangunan pasaran gergasi dengan dunia.
"Pelaburan asing di China kini meliputi 20 kategori utama dari 115 sektor. Sebanyak 1.24 juta firma telah didirikan di China melibatkan pelaburan asing kira-kira USD3 trilion," kata Guo.
Untuk rekod, ketua-ketua syarikat asing telah menyertai pelbagai aktiviti anjuran China termasuk Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China dan Forum Asia Boao baru-baru ini. Mereka telah mengadakan dialog dan perbincangan mendalam dengan wakil kalangan perniagaan China.
- 13 Syarikat Asing Terpilih Kendali Perkhidmatan Telekomunikasi Nilai Tambah di China
- China Terus Perkasa Paltform Terbuka, Stabilkan Pelaburan Asing
- Syarikat Antarabangsa Dialu-alukan Untuk Melabur di China
- China Rekodkan Lebih 1 Juta Buah Syarikat Pelabur Asing Hingga Akhir 2024
- China Umum Pelan Tindakan Untuk Menstabilkan Pelaburan Asing
- Benarkah Dakwaan Modal Asing Tinggalkan China secara Besar-besaran?
- Kelulusan Pelaburan Asing RMB749.7 Bilion di China bagi 11 Bulan Pertama
- PM Li Bakal Hadir Dialog "1+10" Bersama 10 Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa
- Naib PM Harap Firma Asing Perdalam Kerjasama dengan China
- Tim Cook Ikrar Tambah Pelaburan di China