China Sama Sekali Tidak Takut akan Perang Perdagangan dengan AS

(CRI)Rabu 02 April 2025

China tidak pernah takut akan amalan hegemoni, dan pasti akan bertindak balas jika Amerika Syarikat (AS) yang sudah melancarkan "perang perdagangan" terus memaksa, menindas dan mereka-reka ugutan yang bermacam-macam.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika diwawancara oleh Kumpulan Media Antarabangsa "Russia Today" pada Selasa berhubung soalan sama ada China terus mengenakan tarif tambahan terhadap produk yang dieksport AS ke negaranya atau tidak.

Wang berkata, perbuatan Washington yang mengenakan tarif tambahan sebanyak dua kali dengan dalih "fentanyl" terhadap produk yang dieksport China ke negaranya, sama sekali tidak berasas. Isu penyalahgunaan fentanyl yang menular di AS sejak sekian lama merupakan satu masalah yang perlu dihadapi dan ditangani negaranya berdasarkan kemampuan sendiri.

"Sebagai negara yang paling ketat dan pantas dalam bidang antidadah, China sudi menyemarakkan semangat kemanusiaan dan menghulur bantuan kepada AS, namun dibalas dengan tarif tambahan yang dikenakan dengan sewenang-wenangnya. Kalau betul-betul mahu menyelesaikan masalah terbabit, AS disarankan duduk di bawah satu bumbung mengadakan rundingan dengan sama rata dan mencari kaedah kerjasama yang kondusif," ujarnya.

Video

Berita Berkaitan