Kuasa Pembelot "Kemerdekan Taiwan" Hidup Dibayangi Latihan Tentera

(CRI)Khamis 03 April 2025

China membantah sekeras-kerasnya terhadap dakwaan sejumlah negara dan pertubuhan tentang latihan bersama yang dijalankannya berhampiran pulau Taiwan, sekaligus menyifatkan kritikan terbabit memutarbelitkan kenyataan dan campur tangan terhadap hal ehwal dalaman China.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun pada sidang media Rabu, susulan ulasan Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun yang menentang quo diubah secara sepihak melalui kekerasan atau tekanan, di samping menuding jari kepada China bahawa ancaman dan tekanan ketenteraan yang dibawanya terhadap pulau Taiwan tanpa alasan yang wajar.

"Perbuatan menggembar-gemburkan 'kemerdekaan Taiwan' ditafsirkan sebagai aktiviti memisahkan negara, sedangkan sokongan terhadap 'kemerdekaan Taiwan' dilihat sebagai intervensi terhadap urusan dalaman China yang boleh menjejaskan kestabilan Selat Taiwan.

"Latihan bersama itu bertujuan memadamkan provokasi pihak berkuasa Lai Ching-te, dan memberi amaran serius terhadap kuasa yang bersekongkol menjejaskan kedamaian, selaras dengan wawasan negara tentang membela kedaulatan, keamanan serta keutuhan wilayah," kata Guo.

Tambah beliau, sebarang individu atau kuasa tidak dibenarkan memisahkan Taiwan dari China.

Video

Berita Berkaitan