- Lain-lain
China Desak Isreal Segera Hentikan Serangan terhadap Gaza
China menyatakan rasa bimbang serius terhadap pengumuman Israel baru-baru ini yang bertujuan memperluas operasi tentera daratnya dan akan menduduki wilayah Gaza, dan mendesak Israel menghentikan dengan segera tindakan ketenteraan terhadap Gaza.
Demikian kata wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , Fu Cong, dalam sesi terbuka tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin-Israel pada Khamis.
"Gaza kembali terperangkap dalam peperangan pada masa ini. Usaha bagi tujuan menghentikan konflik sebelum mengorbankan nyawa dalam bilangan lebih besar dan membawa malapetaka kemanusiaan, merupakan tugas yang paling mendesak bagi masyarakat antarabangsa, khususnya bagi Majlis Keselamatan.
"Pelbagai pihak perlu bertindak pantas untuk mewujudkan gencatan senjata yang berkekalan di Gaza.
"Selain itu, tindakan tulen perlu diambil untuk memulihkan akses barangan kemanusiaan ke Gaza, dan menghentikan sebarang serangan terhadap pekerja kemanusiaan," kata Fu.
Fu menambah, pelaksanaan “penyelesaian dua negara” adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu Palestin.
"Gaza, tebing barat Sungai Jordan, dan Baitulmaqdis Timur merupakan wilayah yang tidak boleh dipisahkan daripada negara Palestin.
"China menentang sebarang rancangan yang mahu memindahkan secara paksa penduduk Gaza dan sebarang percubaan untuk menakluki wilayah Gaza atau tebing barat," katanya.
- Israel Umumkan Tingkatkan Tindakan Ketenteraan di Gaza
- UNSC Desak Israel Cegah Genosid di Gaza
- 120,000 Penduduk Gaza Hilang Tempat Tinggal - OCHA
- Guterres Gesa Noktahkan Kesengsaraan di Gaza
- Duta China Gesa Perkasa Hak Asasi Menerusi Kerjasama
- China Gesa Israel Segera Henti Operasi Ketenteraan di Gaza
- Penduduk Gaza Berdepan Masalah Bekalan Air
- Israel Diseru Benarkan Bantuan Kemanusiaan Masuk Gaza
- Israel Putuskan Bekalan Elektrik di Gaza
- Empat Negara Eropah Sokong Pelan Arab untuk Pembinaan Semula Gaza