Penduduk Gaza Berdepan Masalah Bekalan Air

(CRI)Rabu 12 Mac 2025

Kementerian Tenaga dan Infrastruktur Israel pada 9 Mac mengumumkan memutuskan bekalan elektrik ke Gaza sebagai langkah untuk memaksa Hamas membebaskan tahanan Israel.

Sehubungan itu, kakitangan loji penyahgaraman di Gaza menyatakan bahawa tindakan Israel tersebut menyebabkan jumlah air tawar yang mampu disediakan loji itu setiap hari kini berkurangan 20 peratus daripada sebelumnya.

Sementara itu, pegawai tempatan di Gaza menyatakan bahawa jika loji penyahgaraman air laut ditutup ekoran kekurangan bekalan elektrik, penduduk Gaza terpaksa menggunakan sumber air yang tercemar, yang akan mencetuskan malapekata kesihatan dan kebersihan.

Sejak 2 Mac lalu, Israel telah menghentikan semua bekalan bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza.

Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan bahawa keputusan ini mengancam nyawa penduduk awam di Gaza.

Laporan UNRWA menunjukkan bahawa majoriti penduduk Gaza kini bergantung pada bekalan bantuan kemanusiaan untuk terus hidup.

Video

Berita Berkaitan