Israel Putuskan Bekalan Elektrik di Gaza

(CRI)Isnin 10 Mac 2025

Israel pada Ahad mengumumkan akan memutuskan bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza bagi memberi tekanan kepada Hamas dan memaksa mereka untuk membebaskan tahanan Israel di Gaza.

Kementerian Tenaga dan Infrastruktur Israel, mengeluarkan kenyataan bahawa menterinya, Eli Cohen telah menandatangani arahan segera untuk menghentikan bekalan elektrik ke Gaza.

Malah beliau dalam satu kenyataan video berkata Israel akan menggunakan segala cara yang ada untuk membebaskan tahanan mereka dan memastikan Hamas lenyap di Gaza.

Video

Berita Berkaitan